A Struggling Father
A proud father of a son and twin girls, lab technician, entrepeneur-hopeful-to be
Thursday, 19 July 2018
Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF-MIS)
📌 Skim ini merupakan pelan sukarela yang menyediakan pilihan kepada penyumbang KWSP untuk memindahkan sebahagian simpanan mereka dari Akaun 1 di KWSP ke pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (FMI) di bawah skim itu.
📌 Matlamat utama skim ini adalah untuk menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
📌 Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
📌 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
📌 Pelabur perlu tahu bahawa KWSP membenarkan FMI untuk mengenakan caj perkhidmatan awal sehingga 3% untuk setiap transaksi.
📌 Cara kira kelayakan
(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan
📌 Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
📌 Senarai FMI yang dilantik boleh didapati di laman web KWSP.
Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor
019-6152932
Wednesday, 4 July 2018
Semalam, CIMB-Principal Asset Management Berhad, telah dipilih untuk menerima anugerah "Favorite Fund House of 2018" daripada iFast Capital Sdn Bhd.
Selain daripada itu, 6 dana dari beberapa kategori turut tersenarai di dalam "List of Recommended Unit Trust"
Core Equity - Developed Market
=========================
📌 CIMB Principal Global Titans Fund
Core Equity - Asia ex Japan
======================
📌 CIMB Principal Asia Pacific Dynamic Income Fund
Core Equity - Asia ex Japan (Islamic)
=============================
📌 CIMB Islamic Asia Pacific Equity Fund
Sub Regional Equity - Greater China
============================
📌 CIMB Principal Greater China Equity Fund
Private Retirement Scheme - Conservative
=================================
📌 CIMB Principal PRS Plus Conservative Class C
Private Retirement Scheme - Growth
=============================
📌 CIMB Principal PRS Plus Growth Class C
Tahniah!

Tuesday, 6 February 2018
ASB Financing & Unit Amanah
Dalam kebanyakan situasi, orang takut/risau untuk mula melabur melalui ASB Financing & Unit Amanah, adalah disebabkan kurang pengetahuan, serta tiada pihak yang boleh membantu.
Maka dengan sedikit ilmu yang ada, aku cuba tunjukkan jalan dan strategi yang sesuai mengikut kemampuan individu.
Ada yang mampu komited untuk menyimpan kurang daripada RM300 sebulan, disarankan untuk buat ASB Financing 50k.
Bagi yang ada simpanan tunai sekurang-kurangnya RM14k, aku terangkan bagaimana untuk kembangkan simpanan tersebut melalui ASB Financing 200k. Gunakan teknik rolling dividen.
Ada pula yang "blacklisted", CCRIS koyak, tak boleh buat ASB Financing atau sebarang pembiayaan. Boleh gunakan alternatif melabur ke dana unit amanah secara tunai, melalui Regular Saving Plan (RSP) atau lumpsum.
Bagi yang tiada kemampuan tunai, gunakan kelebihan pengeluaran dari akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke dana unit amanah.
Dan adalah sesuatu yang menggembirakan bila mereka ini mengambil langkah untuk bertindak. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi.
Dalam dunia ni, tiada satu pun instrumen kewangan yang terbaik dan sesuai untuk semua orang. Yang terbaik bagi A, tak semestinya sesuai untuk B. Pelaburan tanpa risiko juga tidak wujud.
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Matlamat dan objektif tak sama.
Sesuaikanlah ikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Begitulah.

Wednesday, 24 January 2018
Review Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)
Membuat "review" pelaburan unit amanah (unit trust) yang pernah dilaburkan oleh kenalan dan sahabat handai, adalah salah satu servis yang aku tawarkan sebagai konsultan CIMB Wealth Advisor, CWA. Selain daripada CIMB Principal, ramai je yang sudah melabur dengan pengurus-pengurus dana seperti Public Mutual, RHB Asset Management, Kenanga dan lain-lain.
Tujuan membuat review adalah untuk melihat "performance" pelaburan yang sudah bertahun-tahun dibuat. Barulah boleh tahu dah mendatangkan hasil ke tak.
Kisah 1
======
"Agen akak dulu kata unit trust ni untuk long term, kena biarkan sekurang-kurangnya 5 tahun. Macam saya punya ni, dah dekat 10 tahun, mesti lagi banyak untung kan."
Aku pun tengok pada "ledger statement".
Modal = RM41,610
Current Redemption Value = RM62,455.47
Tempoh = 10 tahun.
Buka apps Financial Calculator. Masukkan nilai kat ROI Calculator.
Simple ROI (purata) = 5.01%
Annualized ROI = 4.14%
Masuk apps Bloomberg. Taip nama dana.
3-year return = 2.02%
5-year return = 5.94%
Cadangan aku; suruh agen akak tengok balik benda ni. Minta dia cadangkan untuk switch ke fund lain. Dah 10 tahun, lama tu tapi untung tak seberapa.
Kisah 2
======
"Agen lama dah senyap, tak tahulah aktif lagi ke tak. Akak pun dah tak ingat nama fund tu, memang ikut je cadangan agen tu. Sekali tu je pun thumbprint borang. Hmmm semua fund sama je kan, ada bagi agihan pendapatan "distribution" tiap tahun?".
Tak juga, ada fund yang tak bagi distribution. Disebabkan fund ni bawah CIMB Principal, boleh tak akak buat investment baru bawah saya?nanti secara automatik saya akan boleh akses akaun yang lama tu.
Akak tu setuju.
Bila dah boleh akses akaun lama, buka ledger statement, rupanya investment akak ni masuk dana Small Cap. Yang ni tiada distribution, cuma berdasarkan pada kenaikan harga seunit NAV semata-mata.
Tahun 2010
------------------
Modal = RM1,000. NAV = RM0.5595
Tahun 2018
------------------
Current Redemption Value = RM1,960.65. NAV = RM1.1365
Return On Investmen;
Simple ROI = 12.01%
Annualized ROI = 8.78%
Tengok performance daripada Bloomberg.
Aku pun tunjuk pada akak tu. Ohhhh boleh tahan juga pulangannya.
"Apasal la dulu akak invest 1k je. Kalau tahu lah boleh untung macam ni, invest banyak sikit huhuhu."
Kalau ada antara kalian di sekitar Selangor & KL yang berminat nak buat "review session" macam ni, click link Whatsapp di bawah. Kita lepak minum-minum.
Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor
https://www.wasap.my/60196152932
https://www.facebook.com/ibrahim.musa.77582359

Wednesday, 8 November 2017
6 Kesilapan Biasa Dalam ASB Financing yang Menyebabkan Kerugian
======================================================
======================================================
Personaliti-personaliti FB seperti Khairul Ezuwan (KEY), Syafieqah A'lya, Redwan Khairuddin (RK), Noor Amin, mahupun Hafiz Hazmi (HH) adalah antara mereka yang banyak berkongsikan ilmu berkenaan ASB Financing.
Walaupun dah banyak tips dan teknik yang dikongsikan, masih ramai yang melakukan kesilapan.
Kesilapan-kesilapan yang dibuat bukanlah disebabkan oleh kelemahan teknik ASB, tapi lebih disebabkan oleh individu itu sendiri.
1. Tidak faham sepenuhnya
=====================
=====================
Ramai yang buat teknik ASB Financing, tapi sebenarnya langsung tiada kefahaman asas. Lebih kepada ikut "trend" bila terbaca atau terdengar kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh kenalan terdekat ataupun agen ASB.
Jika disuruh buat kira-kira sendiri, ramai yang "failed".
Bila faham dan tahu pengiraan, lebih senang untuk "monitor" prestasi teknik yang digunakan, serta mudah untuk membuat tindakan jika berlaku situasi yang kurang memberangsangkan seperti dividen rendah ataupun kadar asas (BR) dinaikkan.
2. Tiada matlamat yang jelas
======================
======================
ASB Financing ni fleksibel, jadi nak guna teknik yang mana satu?
Berapa amaun pembiayaan nak diambil?
Berapa lama nak buat ASB Financing sebelum "terminate"?
Berapa matlamat keuntungan yang ingin dicapai?
Ini adalah antara soalan yang wajib dijawab sebelum buat keputusan untuk memohon ASB Financing.
Matlamat juga harus logik dan boleh dicapai. Ada yang berangan nak dapatkan untung puluhan ribu dalam tempoh 3 tahun, tapi hanya sanggup dan mampu untuk simpan kurang daripada RM500 sebulan.
3. Tidak menilai kemampuan sendiri
============================
============================
Aku selalu tanya kepada klien, berapa amaun yang selesa untuk disimpan setiap bulan.
Untuk buat ASB Financing 200k, perlu bayar RM1,100 sebulan.
ASB Financing 100k, komitmen bulanan dalam RM550.
ASB Financing 50k, lebih kurang RM265.
Dalam ASB Financing, anda perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.
Ada yang konon nak guna teknik "rolling dividend", tapi bila dividen rendah dan tak mampu untuk teruskan, ambil keputusan untuk "terminate".
Dua bulan berturut-turut gagal membuat bayaran, bank akan "terminate" pembiayaan secara automatik, tapi akan wujud rekod buruk dalam laporan kredit CCRIS.
4. Tak konsisten
============
============
Biasanya terjadi bila anda tiada matlamat yang jelas.
Dividen ASB yang sepatutnya digunakan untuk "rolling" digunakan untuk perbelanjaan lain, seperti "renew road tax", bercuti, ataupun membeli barang-barang kehendak bila ada "sales".
Ada juga yang buat keputusan untuk "terminate" lebih awal dan tak ikut perancangan asal.
5. Tidak merancang dengan baik
=========================
=========================
Biasa dengar cerita permohonan pembiayaan perumahan ditolak disebabkan ASB Financing?
Ianya disebabkan oleh Debt to Service Ratio (DSR) yang tinggi, menyebabkan bank menolak permohonan pembiayaan yang baru.
Bank menganggap bayaran bulanan ASB Financing sebagai komitmen.
Walaubagaimanapun ada bank yang mengambil kira dividen ASB sebagai pendapatan. Tapi bergantung kepada bank juga, jadi pastikan buat perancangan tempoh masa yang sesuai untuk mohon ASB Financing.
6. Salah pilih produk bank
====================
====================
Ada beberapa buah bank yang menyediakan produk ASB Financing.
Maybank, CIMB, RHB, Affin, Ambank dan BSN.
Setiap bank mempunyai pakej dan syarat yang berbeza.
Kadar keuntungan bank (interest) untuk semua bank di atas lebih kurang sama sahaja sebenarnya. Ada yang bagi tempoh pembiayaan 30 tahun, ada yang 25 tahun. Ada yang mewajibkan takaful, ada yang "optional".
Ada yang Islamik, ada juga konvensional.
Pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamat anda.
Rujukan utama: Laman sesawang jomurusduit.com
Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932
Monday, 28 August 2017
Kadar keuntungan (Profit Rate) Pembiayaan Peribadi @ Personal Loan (PL) vs ASB Financing
======================================================================
======================================================================
Masih ramai yang beranggapan kadar keuntungan (profit rate) PL adalah sama dengan ASB Financing
Kita ambil contoh PL vs ASB Financing, profit rate 5%, tempoh 10 tahun.
1. PL
RM100,000 x 5% = RM5,000
RM5,000 x 10 tahun = RM50,000
Jumlah pembiayaan = RM100,000 + RM50,000
= RM150,000
Bayaran bulanan (installment) = RM150,000/120 bulan (10 tahun)
= RM1,250
Jumlah keuntungan bank = RM50,000
Jumlah bayaran = RM150,000
==================================================
2. ASB Financing (rujuk gambar)
Bayaran bulanan = RM1,060.66
Jumlah keuntungan bank = RM27,279.20
Jumlah bayaran = RM127,279.20
==================================================
Walaupun profit rate dan tempoh pembiayaan sama, tapi jumlah pembayaran semula kepada pihak bank berbeza.
PL menggunakan fixed rate.
ASB Financing menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan jumlah baki (reducing balance)
Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor CWA
Monday, 14 August 2017
Macam Mana Nak Tahu Dah Untung atau Tidak Dalam Pelaburan Unit Amanah?
"Bang, saya pernah buat pengeluaran dari akaun 1 KWSP, macam mana nak tahu dah untung ke tak?"
Salah satu cara mudah yang aku biasa guna untuk buat kiraan:
1. Tahu jumlah/amaun (total investment)?
2. Tahu nilai semasa (current redemption value)?
3. Tahu dah berapa lama tempoh pelaburan?
Cuba kira Return On Investment (ROI).
Current value - total investment (modal)
------------------------------------------------------
Tempoh (Tahun)
------------------------------------------------------
Tempoh (Tahun)
Dapat nilai purata pulangan setiap tahun.
Nak lagi mudah, guna apps Financial Calculator. Masukkan semua nilai kat ROI Calculator.
Compounding Annualized Return pun boleh kira.
Buatlah perbandingan dengan pulangan ASB, KWSP & Tabung Haji. Baru boleh tahu berbaloi atau tidak.
Matlamat utama adalah untuk melabur dalam dana unit amanah yang "outperform" ketiga2 instrumen kewangan di atas.
Remarks:
Ini adalah satu contoh untuk buat kiraan mudah yang orang biasa senang nak faham.
Kalau korang ada formula @ cara kira yang lebih sofistikated, dipersilakan.
#BangBerahim
Ibrahim Musa
Unit Trust Consultant
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932
Subscribe to:
Posts (Atom)