Friday, 20 November 2015

Bakal Kehilangan Unit Sublet

Sebelum ni aku pernah bercerita bahawa satu unit sublet di Apartment Rose, Saujana Utama, Sg Buloh bakal dipulangkan semula kepada tuan rumah pada hujung bulan ini. Baru2 ni, aku menerima satu lagi perkhabaran yang satu unit sublet di Damansara Damai bakal dijual oleh tuan rumah. Memandangkan kami tidak pernah sign apa2 agreement sebelum ni, bagi aku tiada masalah utk beliau (Pn Nora) berbuat demikian. Inilah antara kekurangan sublet, yang mana tuan rumah boleh menuntut kembali rumahnya pada bila2 masa, tetapi bergantung kepada persetujuan kedua2 belah pihak. Malah kalau harga yang ditawarkan itu sesuai dan memenuhi kriteria2 yang aku tetapkan, boleh je nak beli daripada beliau. Tetapi, aku agak terkejut apabila beliau berhasrat untuk menjual rumahnya pada harga RM150k. Sebab bagi aku harga tu agak mahal. Lebih daripada harga pasaran (pada pendapat aku la). Setelah disemak di website brickz.my, latest transaction adalah seperti berikut:

Latest transactions

Daripada apa yang aku nampak, market value untuk rumah tersebut cuma RM90-110k sahaja. Maybe aku silap sebab aku bukan professional valuer. Tapi ianya merupakan satu urusniaga yang kurang menarik bagi aku. Jika aku setuju untuk beli pada harga RM130k, dengan kadar sewa antara RM500-650, rental yield aku untuk setahun hanya dalam 6%. 

Bagi aku, tak perlu merasa rugi untuk melepaskan unit sublet ni. Merupakan unit aku yang ke-3, unit ni diambil pada bulan Jun 2014, pada ketika isteri aku sedang berpantang di kampung selepas melahirkan anak kembar kami. Ingat lagi, aku datang berdua dengan Luqman untuk site visit unit ni. Mulanya aku tolak disebabkan lokasi yang kurang menarik, tapi akhirnya aku setuju gak dengan niat membantu tuan rumah. Beliau menghadapi masalah untuk menguruskan penyewa ni kerana kurang pengalaman, malah disewakan pada kadar yang lebih rendah daripada monthly installment kepada pihak bank. Rugi @ negative cashflow di situ. Macam2 hal yang aku hadapi dengan unit ni. Dengan bil air mencecah RM500 ketika penyewa baru2 masuk, aku usahakan untuk menghubungi pihak Syabas, dan didapati ada kerosakan pada meter air. Selepas ditukar, alhamdulillah caj bil air kembali normal. Tak lama selepas tu, sampai pulak notis merah daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyita unit tersebut sebab tunggakan cukai taksiran hampir RM1.5k. Selepas berbincang dengan tuan rumah, aku bersetuju untuk mendahulukan duit aku dulu untuk mengelakkan unit tersebut disita (mem besar kat rumah tak tahu pun pasal ni). Hampir 3 bulan aku tolak daripada sewa rumah yang perlu dibayar kepada tuan rumah hehe.

Walaupun setiap bulan untung yang aku dapat cuma RM50 sebulan, alhamdulillah aku dapat penyewa 2 orang lelaki bujang yang menjaga rumah tersebut dengan baik. Bayaran sewa konsisten setiap bulan. Aku dah offer dah kat budak2 tu untuk beli rumah ni, tapi maybe mindset masih seperti orang kebanyakan, rasa tak berbaloi untuk beli rumah. Ok fine, tiada paksaan di situ. 

So apa yang aku buat, aku cadangkan kepada Pn Nora untuk gunakan khidmat agen. Malah aku recommend kan pula agen yang menggelarkan dirinya sebagai perunding hartanah kacak a.k.a Melastik Bintang yang merupakan anak didik Abang Ensem (AE). Mudah2an urusan tuan rumah akan berjalan dengan lebih lancar dengan adanya nasihat professional.

p/s
Mungkin lepas ni aku boleh buat entri mengenai kisah2 setiap unit sublet/rumah sewa yang aku ada hehe

No comments:

Post a Comment