Sunday, 15 November 2015

Buku yang aku baca - "How To Pay Less Tax Legally"


An eye opener. Very informative. Ini buku paling latest yang aku dah khatam. Walaupun actually aku skip sket2 kt part hujung2 tu ahahaha. Cukai. Satu perkara yang cukup sensitif di kalangan rakyat Malaysia, lebih2 lagi untuk orang2 Melayu.  Semua orang nak lari daripada membayar cukai hehe. Dalam buku ni, penulis; Richard Oon bercerita tentang cukai2 yang perlu kita tahu berkenaan dengan hartanah. Cukai pendapatan rumah sewa. RPGT. Denda/penalti yang boleh dikenakan oleh kerajaan jika kita tak bayar cukai. Dan banyak lagi la.


Ok banyak yang aku belajar hasil daripada bacaan buku ni. Antaranya:


  • Cukai daripada pendapatan sewa boleh dikategorikan sebagai business income @ investment income. Kadar cukai sama je, cuma ada beberapa advantage jika kita isytiharkan sebagai business income. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, pendapatan sewa dianggap investment income, melainkan jika anda adalah pemilik keseluruhan premis tersebut. Contoh, anda adalah pemilik keseluruhan apartment @ bangunan kedai tersebut, baru lah boleh dikira sebagai business income.
  • Sama seperti cukai pendapatan "income tax", ada beberapa perkara yang boleh claim/ditolak daripada jumlah cukai yang perlu dibayar pada kerajaan. Ini termasuklah:
    • caj pengurusan (maintenance), indah water IWK, cukai taksiran, insurans kebakaran
    • sebarang kos pembaikan yang dijalankan sepanjang tempoh penyewaan
    • "legal expenses"; contoh, kos stamping tenancy agreement
    • bayaran pest control, dsb.
  • Apa itu RPGT. Jumlah RPGT yang dikenakan. Dan juga under what circumstances, anda boleh dikenakan income tax, instead of RPGT.

Buku ni memang aku highly recommend. Lebih2 lagi untuk mengelakkan pemilik hartanah dikenakan penalti sekiranya kita tidak mengisytiharkan pendapatan sewa tahunan. 

p/s 
Ramai juga yang tak tahu, sebenarnya pihak bank turut mengambil kira samada anda adalah pembayar cukai yang baik @ tidak sebelum memberikan pinjaman. Dalam erti kata lain, jika anda mempunyai niat untuk menambah harta secara leverage (pinjaman bank), jangan takut untuk membayar cukai. Huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment