Thursday, 12 November 2015

Buku yang aku baca - "Grow Rich Through Responsible Leveraging"

Alhamdulillah..Semalam berjaya khatam satu buku lagi yang berkaitan dengan pelaburan hartanah.

Kualiti gambar agak kureng sebab HP kurang canggih hehe

Dah biasa dengar nama Adrian Un ni, mostly sebab aku follow pasal dia sering dijemput sebagai speaker di seminar2 yang dijalankan oleh Faizul Ridzuan. Antara ilmu2 yang aku dapat hasil baca buku ni:

  • Beli hartanah mengikut kemampuan kewangan masing2. Jangan terlalu ambitious untuk beli hartanah yang high end sebagai hartanah pertama anda.
  • Lebih faham dengan istilah2 yang digunakan dalam pinjaman perumahan, samada konvensional @ Islamic loan.
  • Jangan over-gearing. Maksudnya membeli hartanah yang banyak, tapi net worth sedikit. Bagi penulis, memegang 2 hartanah dalam tempoh 3 tahun sudah cukup. Walaubagaimanapun, ini terpulang pada strategi dan matlamat kewangan masing2.
  • Penulis juga ada cerita tentang cara2 untuk melangsaikan hutang rumah dengan segera. Cuma aku tak berapa pasti pasal teknik2 ni. Kena banyak study lagi
Okay, next book untuk dibaca. Baru je sampai dan collect kat mailing room petang tadi hehe.




No comments:

Post a Comment