Alhamdulillah..untuk bulan ni je 3 buku berjaya aku khatamkan..Buku yang ditulis oleh sifu Faizul Ridzuan menceritakan mengenai perjalanan beliau dalam dunia pelaburan hartanah yang bermula sejak tahun 2004. Pengalaman beliau mencari, memilih, membeli dan menyewakan hartanah pertama di Kelana Jaya diceritakan dengan sangat detail. Beliau turut berkongsi tips dan teknik yang digunakan untuk membeli hartanah secara "zero-money-down" iaitu tanpa deposit. Aku suka baca pengalaman2 yang diceritakan dalam buku ni sebab ianya sangat praktikal dan banyak menjawab persoalan2 aku selama ni yang curious pasal macam mana la mamat ni boleh beli sampai 23 hartanah sebelum berusia 30 tahun hehe. Daripada segi content, aku sangat berpuas hati, banyak input yang aku dapat. Jelas yang sifu Faizul Ridzuan ikhlas berkongsi pengalaman2 beliau. Malah segala input dan calculation dalam buku ni memang from his own real case study.
Kisah satu demi satu hartanah yang dibeli dikupas dengan sangat teliti, dari segi sebab, logik dan tujuan kenapa beliau membeli hartanah tersebut. Daripada hartanah pertama di Kelana Jaya hingga lah ke pembelian rumah di Seremban 2. Dalam buku ni, beliau turut bercerita tentang bagaimana beliau mula mengubah strategi daripada cash-flow kepada flipping. In conclusion, ianya sebuah buku yang bagus untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan dalam memilih hartanah yang sesuai untuk kita beli. Highly recommended, thumbs up!
No comments:
Post a Comment