Tuesday, 12 January 2016

Ragam Penyewa - Masalah Pijat

Kalau dulu masa kecik2, selalu tengok arwah nenek dok belek2 tilam dan bantal kat rumah. Sebab nak cari pijat. Kena betul2 check sebab pijat ni menyorok kat celah2 lipatan tilam dan bantal. Bila dah jumpa pastu penyekkan je ahahaha. Tapi kebelakangan ni dapat berita daripada penyewa kat unit sublet di Apartment Lestari, Damansara Damai yang tilam2 kat rumah tu banyak pijat. Tak tau la daripada mana datangnya. Total ada 5 tilam kat rumah tu, tapi dua dah pun kena buang.

Cik Pijat @ nama saintifiknya Cimex hectularius

So aku pun cari info macam mana nak hilangkan masalah pijat ni. Pegi kedai hardware diorang suggest guna ubat anai2. Aku sebagai tuan rumah yang baik hati pun tolong la beli racun anai2 tu, siap belikan penyembur air lagi sbb racun ni kena campur dengan air dulu sebelum guna, pastu baru sembur dekat tilam dan dinding yang berdekatan.


Lepas tu aku pun whatsapp kat penyewa supaya diorang try guna racun ni. Lepas 2-3 hari sembur lagi. Pastu kita tengok la macam mana samada berkesan atau tak racun ni. Selang seminggu, bila aku tanya, diorang kata masih ada masalah pijat. Aku pun cargas la cari alternatif lain. Jumpa racun pijat ni dalam Internet. Boleh beli kat Jaya Grocery Store dengan harga lebih kurang RM33. Baik kan aku?huhuhu. Pastu gerak ke rumah sewa. Sekalinya bila aku sampai, ubat anai2 yang aku belikan hari tu masih elok dalam bungkusan. Elok je. Penyembur air tu pun masih dalam plastik. Terus aku menyirap. Macam mana pijat nak hilang kalau korang tak buat apa yang aku suruh. Racun anai2 pun aku dah tolong belikan. Diorang tinggal bancuh dan sembur je. Masalah pijat ni takkan selesai walaupun kalau tukar dengan tilam baru. Haih. Makanya, aku pun duduk la dekat sejam kat situ, dok belek 2 tilam yang ada. Uihhh memang banyak pijat. Sembur2 dengan racun Bio-D ni. Ok mati pun pijat ahahaha. Sembur jugak sket2 dekat dinding dalam bilik. Tapi benda ni bukannya buat sekali terus setel masalah, kena repeat lagi. Nanti la ada masa aku menyinggah lagi. Sempat jugak whatsapp dan sound penyewa. 

Bio-D Non Toxic Bed Bug Repellant




Sunday, 3 January 2016

Makeover Rumah Sewa

Alhamdulillah selesai jugak urusan makeover kat salah satu unit sublet di Damansara Damai. Setelah menyewa selama hampir 2 tahun, penyewa akhirnya keluar pada awal bulan Disember. Aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyewa unit ni, tak pernah gagal membayar sewa. Lewat tu biasa la, tapi takde la sampai aku yang kena kejar diorang untuk menuntut bayaran sewa. Rumah dijaga dengan baik walaupun diorang ni budak2 bujang. Tapi sebelum boleh disewakan semula, terpaksa la touch up sket keadaan rumah untuk bagi good first impression pada prospek penyewa.

Sebelum dicat - nampak tak bahagian siling kat ruang tamu yang tak berapa nak cantik?

Ruang makan

 Bilik master


 Bilik medium



Tak cantik sangat kan?ahahahaha..So kena la touch up sket kan. Tapi dulu aku pernah tanya pada tukang cat. Untuk upah cat bahagian hall je dah caj RM500, tu tak termasuk cat lagi tau. Kalau nak suruh cat 1 rumah, mau RM1k kena. Nak mintak handyman; En Ramli buat pun, dia masih pending lagi kerja untuk kabinet dapur kt unit sublet di Saujana Utama. Dia pun macam2 urusan lately, mak sakit sampai masuk ICU kat PPUM. So aku buat keputusan untuk buat sendiri. Saja2 nak try. Hampir 2 minggu aku berulang alik ke Damansara Damai. Waktu lunch je p lari kejap dok sana mengecat selama 2 jam. Lepas tu ambik cuti lagi 3 hari untuk siapkan kerja2 mengecat dan mengemas rumah. Hasilnya ---------->>>>

Selepas dicat - bilik master, dinding tu sebenarnya warna coklat cair


 Ruang makan


Ruang tamu


Laluan masuk ke dalam rumah

Bilik medium

Jumlah kos tak sampai RM300 untuk beli cat dan peralatan, serta hiasan2 yang simple.. Gigih tak?huhuhuhu..Tapi untuk beberapa hari badan aku sakit. Hampir demam. Buat sorang2. Memang keja gila. Penat woooo mengecat, especially bahagian siling. Memang lenguh dibuatnya. Ingat senang nak buat rumah sewa?hehehe. Rumah ni Ground floor, dan dah pun diiklankan. Harap2 cepat dapat penyewa, Insyaallah. Amin.

p/s memang kamera talipon cap ayam. Tak lawanya gambar ahahahaha~~