Alhamdulillah selesai jugak urusan makeover kat salah satu unit sublet di Damansara Damai. Setelah menyewa selama hampir 2 tahun, penyewa akhirnya keluar pada awal bulan Disember. Aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyewa unit ni, tak pernah gagal membayar sewa. Lewat tu biasa la, tapi takde la sampai aku yang kena kejar diorang untuk menuntut bayaran sewa. Rumah dijaga dengan baik walaupun diorang ni budak2 bujang. Tapi sebelum boleh disewakan semula, terpaksa la touch up sket keadaan rumah untuk bagi good first impression pada prospek penyewa.
Sebelum dicat - nampak tak bahagian siling kat ruang tamu yang tak berapa nak cantik?
Ruang makan
Bilik master
Bilik medium
Tak cantik sangat kan?ahahahaha..So kena la touch up sket kan. Tapi dulu aku pernah tanya pada tukang cat. Untuk upah cat bahagian hall je dah caj RM500, tu tak termasuk cat lagi tau. Kalau nak suruh cat 1 rumah, mau RM1k kena. Nak mintak handyman; En Ramli buat pun, dia masih pending lagi kerja untuk kabinet dapur kt unit sublet di Saujana Utama. Dia pun macam2 urusan lately, mak sakit sampai masuk ICU kat PPUM. So aku buat keputusan untuk buat sendiri. Saja2 nak try. Hampir 2 minggu aku berulang alik ke Damansara Damai. Waktu lunch je p lari kejap dok sana mengecat selama 2 jam. Lepas tu ambik cuti lagi 3 hari untuk siapkan kerja2 mengecat dan mengemas rumah. Hasilnya ---------->>>>
Selepas dicat - bilik master, dinding tu sebenarnya warna coklat cair
Ruang makan
Ruang tamu
Laluan masuk ke dalam rumah
Bilik medium
Jumlah kos tak sampai RM300 untuk beli cat dan peralatan, serta hiasan2 yang simple.. Gigih tak?huhuhuhu..Tapi untuk beberapa hari badan aku sakit. Hampir demam. Buat sorang2. Memang keja gila. Penat woooo mengecat, especially bahagian siling. Memang lenguh dibuatnya. Ingat senang nak buat rumah sewa?hehehe. Rumah ni Ground floor, dan dah pun diiklankan. Harap2 cepat dapat penyewa, Insyaallah. Amin.
p/s memang kamera talipon cap ayam. Tak lawanya gambar ahahahaha~~
No comments:
Post a Comment