Aku rasa mereka yang terlibat dalam dunia hartanah pasti mengenali mamat yang perasan ensem ni. Encik Mior atau lebih dikenali dengan nama komersial beliau iaitu Abang Ensem (AE) merupakan seorang pelabur hartanah veteran di kalangan bumiputera. Walaupun aku tak pernah menuntut ilmu pelaburan hartanah secara berdepan dengan beliau, tapi aku tetap mengangkat AE sebagai salah seorang guru aku. Blog dan ebook AE banyak membantu masa aku baru2 nak bermula dua tahun lepas. Aku dah tak ingat berapa lama dia berkecimpung dalam dunia hartanah, tapi aku cukup kagum dengan mamat ni yang memiliki 14 buah rumah sewa di sekitar Shah Alam. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah satu tips berkaitan pengurusan kewangan yang beliau praktikkan selama ni. Di luar sana ada bermacam2 teknik yang ada, tapi ini adalah tips yang AE kongsikan di FB beliau.
Secara jujurnya, ada beberapa teknik yang aku dah cuba sebelum ni, eg. guna sampul surat, guna tabung etc, tapi masih ada sedikit sebanyak lompang dalam pengurusan perbelanjaan aku selama ni. Insyaallah bulan depan, aku nak cuba cara AE pulak. Post FB beliau turut dikongsi oleh website The Vocket dan GilaHartanah.com
p/s Aku bercadang untuk membuat profail pelabur2 yang aku follow selama ni, insyaallah semoga diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan untuk menulis.