Wednesday, 7 September 2016

Turun Naik Bank

     Sebelum ni aku pernah cerita pasal menang rumah lelong di Saujana Puchong. Dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tapi lepas menang tu aku belum buka cerita lagi pasal urusan permohonan pinjaman perumahan untuk rumah ni. Bukan senang ok, hingga ke hari ni aku masih lagi berusaha untuk mendapatkan pinjaman.

1. Hong Leong Sunway
  • Bank pelelong. Ok je katanya bole mohon pinjaman bawah RM100k. Balik ofis terus email dokumen semua. Lepas 2 minggu, banker whatsapp kata loan reject sebab high commitment.
2. BSN PKNS Shah Alam
  • Puan Siti ni dah kira panel BSN utk JRL Consultancy hehe. Ramai klien JRL submit kat dia ni. Sebelum raya lagi dah jumpa kat ofis dia dan pass semua dokumen. Lama jugak pending kat BSN ni. Sebulan lepas raya tu boleh kata setiap 2-3 hari aku call follow up. Sebab Puan Siti ni memang sibuk. In the end, sangkut kat Approval Department sebab pemaju muflis dan blacklisted (Expand Factor adalah anak syarikat kepada Talam Corp)
3. Bank Islam Saujana Utama (dekat rumah)
  • Banker kata boleh try apply tapi peluang untuk lulus tu rendah sebab bawah 100k.
4. CIMB Sunway
  • Boleh ambik katanya cuma kat branch tu takde housing loan officer
5. CIMB Kajang
  • Yang ni member JRL yang cadangkan. Bila call sama jugak jawapan macam Bank Islam Saujana Utama, peluang untuk lulus rendah
6. Public Bank Shah Alam
  • Yang ni pun member JRL yang pass contact. Sebut je nama Talam Corp, terus tak boleh. Terkenal nama developer ni ahahaha.
7. Hong Leong Sungai Buloh
  • Saja cari Hong Leong cawangan lain lak. Tapi banker kata diorang tak ambik bawah 100k. Siap kena sound "Mana lah saya tau kenapa permohonan Encik ditolak sebelum ni. Encik pegi la tanya kat branch Sunway, sebab saya takde dokumen permohonan Encik". Tak membantu. Lepas cakap TQ cepat2 dia letak telefon. Bengang kot hehe
8. RHB Kajang
  • Yg ni firm Najmuddin & Partners punya contact. Sama jugak macam Public Bank Shah Alam. Developer in liquidation. So nope.
9. Bank Rakyat Bandar Baru Klang
  • Yang ni ofis lawyer Yusof Endut & Associates yang bagi contact. Diorang la yang uruskan pinjaman perumahan kt Putrajaya dulu, panel Maybank. Hantar semua dokumen yang diperlukan dengan harapan ada berita gembira. 2 minggu kemudian dapat tahu yang permohonan ditolak sebab CCRIS. Eh?this is new. Memang tak dijangka. Rupa-rupanya ada tunggakan PTPTN. Eh?lepas tukar Ujrah tahun 2011 kan tolak gaji tiap2 bulan?Hati dah panas hehe. Petang tu jugak pegi singgah PTPTN kt Giant Subang Jaya. Barulah tau Unisel lambat proses tolak gaji masa tahun 2011. Berbulan2 jugak la rupa2nya baru Unisel mula potong gaji dan bayar ke PTPTN. Ada tunggakan RM1000++. Setelkan kat situ jugak. Dapatkan surat pengesahan PTPTN. Rujuk semula ke banker Bank Rakyat, tapi surat tu tak laku. Demm.
10. Hong Leong Puchong Permai
  • Saja try cari cawangan lain lagi selepas Sunway dan Sg Buloh. Dapat tau yang Hong Leong terima surat PTPTN tu. Dinasihatkan untuk pegi semula branch Sunway dan appeal. Done
11. CIMB Bandar Puteri Puchong
  • Isu kat sini pulak ialah daripada segi title. Since pemaju dah muflis untuk jangka masa yang lama, kemungkinan besar rumah ni masih Master title. Tak boleh la katanya. Tapi yang bagusnya dia tolong referkan kes ni kepada ex-colleague dia kt Public Bank Klang. Sebab dia rasa ada peluang sebenarnya.
12. Public Bank Klang
  • Borak through phone je. Dia advise untuk cuba apply since liquidator has been appointed eventhough the developer is bankrupt. Dah bagi semua dokumen yang diperlukan. Hanya mampu berdoa je huhuhuhu.
Sekian coretan untuk urusan permohonan pinjaman. My wife kata kalau dia la yang handle benda ni semua, dah lama give up ahahaha. 

No comments:

Post a Comment