Friday, 14 October 2016

Kes Beli Rumah Lelong Yang Masih Belum Selesai.. *sigh*

     Sambungan daripada kisah dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman rumah lelong di Puchong. Tinggal kurang daripada 10 hari tarikh akhir yang sepatutnya kena jelaskan baki rumah tu. Aku dah berusaha sedaya upaya ke sana sini untuk mendapatkan pinjaman perumahan, tapi semuanya gagal. Hampa. Penat. Walaupun aku dah pun bersedia dari segi mental apabila bertekad untuk beli rumah melalui lelongan tapi aku betul2 tak sangka ianya sesukar ini. Paling terkini Public Bank Klang juga menolak permohonan kami. Malah bank pelelong iaitu Hong Leong Bank Berhad juga menolak rayuan kami walaupun tunggakan PTPTN telah dijelaskan dan dikepilkan sekali surat pengesahan daripada PTPTN. Atas alasan pihak bank mahu melihat credit history 6 bulan selepas bayaran tunggakan dibuat. Malah Malaysian Building Society Berhad (MBSB) yang terkenal dengan mudahnya untuk mendapat pinjaman juga tak nak menyediakan pinjaman atas alasan rumah masih lagi master title. Adoi. Masa semakin suntuk.
     Maka bermula awal bulan Oktober aku pun mula mengalihkan perhatian untuk mendapatkan pinjaman peribadi (PL). Bank Islam menjadi pilihan utama sebab adanya pakej interest rate yang rendah untuk staf Unisel. Salah satu dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan majikan. Kesian lak tengok wife yang sedang sarat mengandung tapi terpaksa bekerjasama dengan husband dalam urusan ni huhuhu. Sekali bila dah dapat surat pengesahan tu, kami terkejut bila dapat tau wife berstatus kontrak. Ahhh sudah. Dan seperti dijangka, Bank Islam menolak permohonan kami. Aku masih dalam usaha untuk membuat rayuan, dan hari ni singgah sekejap di cawangan bank tersebut untuk menyerahkan surat perlantikan jawatan wife sebagai dokumen sokongan. Pegawai bank pun pelik takkan dah 8 tahun kerja di Unisel tapi masih berstatus kontrak. Dalam masa yang sama, aku turut memohon pinjaman peribadi daripada CIMB dan Bank Rakyat sebagai backup. Yang wife lak masih tak berpuas hati dengan status kontrak tu huhuhu. Semoga dia dapat selesaikan isu ni dengan pihak berkaitan.
     Memang tahap sibuk dan penat gila kebelakangan ni. Students pun tengah exam so memang aku terkejar2. Buat masa ni aku cuba sedaya upaya untuk tak hilang fokus dalam hal kerja dan peribadi. Tu belum masuk lagi cerita pasal urusan untuk mendapatkan tempoh lanjutan daripada pihak pelelong. Kena bebel lagi dengan lawyer pelelong. Aku tahan je diri ni supaya jangan meletup, yang penting fokus pada penyelesaian. Ikutkan je apa yang lawyer tu nak. Aku sendiri tak yakin akan dapat menjelaskan bayaran baki rumah tu dalam tempoh terdekat. Sebab antara syarat bank dalam meluluskan PL tersebut ialah untuk menyelesaikan sepenuhnya (full settlement) pinjaman PTPTN dan kereta. Nak dapatkan balance statement untuk pinjaman kereta tu lak kena request daripada branch yang handle masa mula2 beli dulu. Kena tulis dan fax surat kepada branch di Selayang. Ambik masa jugak tu sebab nak dijadikan cerita pegawai yang handle benda tu cuti hari ni. 
     Surat untuk melanjutkan tempoh bayaran dah email pada lawyer pelelong. Aku sertakan sekali semua contact number banker yang handle application kitorang, termasuk la yang aku tanya secara lisan. At least nampak sket effort aku sejak 4 bulan lepas. Secara jujurnya aku bengang jugak dengan lawyer tu sebab dok question aku kenapa lambat sangat nak apply PL. Dah tu mana la aku nak tau macam2 halangan yang aku kena hadapi sejak 4 bulan lalu. PTPTN ni pun satu hal jugak. Mesti diorang suka sebab akhirnya berjaya jugak paksa peminjam untuk bayar semula pinjaman. Apa2 pun, semoga Allah tunjukkan jalan untuk selesaikan kes rumah kat Puchong ni, amin.

No comments:

Post a Comment