Wednesday, 28 December 2016

Two People At The Same Starting Point, But Different Progress

     Aku mula terlibat dengan perancangan kewangan dan pelaburan hartanah pada awal tahun 2014. Ni semua sebab pengaruh rakan sekerja (Mr T) yang masa tu duduk sebelah meja kat ofis. Beliau banyak bercerita mengenai sifu2 kewangan yang mana aku tak pernah kenal pun sebelum tu. Antaranya Azizi Ali, Zaidi Ismail, Faizul Ridzuan dan Shafie Bustan. Mr T lah yang menasihatkan aku untuk membeli rumah kakak aku di Putrajaya masa tu. Masa tu juga kami berdua mula berjinak2 dengan sublet, malah kami sama2 site visit unit pertama beliau di Mentari Court. Selama 3 tahun aku melihat bagaimana kehidupan Mr T berubah dan memperbaiki kewangan beliau. Jujur aku katakan yang aku berbangga dengan apa yang telah beliau kecapi sekarang ni. Cuma kadang2 aku ada sedikit cemburu, kami bermula pada starting point yang sama, tapi kenapa pencapaian kami sangat2 berbeza. Kat sini aku senaraikan beberapa perkara:

1. Guru/Mentor

  • Mr T merupakan seorang ahli UrusInsan yang diwujudkan oleh Tuan Zaidi Ismail untuk membantu orang2 Islam yang menghadapi masalah kewangan. Pernah satu ketika Mr T mempunyai 7 kad kredit dan duit gaji beliau hanya dihabiskan untuk membayar hutang. Beliau juga merupakan seorang yang sangat suka membeli belah (walaupun dia ni lelaki hehe), merupakan pengunjung setia Mega Sale kt Sogo dan Parkson. Hasil bertalaqi dengan Tuan Zaidi, Mr T mula memotong kad kredit satu persatu. Malah 2 minggu selepas perjumpaan tersebut, satu unit di Mentari Court berjaya dibeli pada harga di bawah pasaran. Setiap tindakan yang bakal diambil akan dibincangkan terlebih dahulu dengan mentor. Mr T juga rajin menghadiri kelas seminar yang dianjurkan oleh Abang Ensem, Faizul Ridzuan dan Rohaniah Noor. 
  • Aku? - Tak pernah ada mentor. Tak pernah pegi kelas. So haruslah tak pernah dibincangkan setiap tindakan yang bakal diambil dengan mana2 pihak pun. Tapi aku rajin beli buku dan ebook. Banyak membaca. Tapi bab ambik tindakan memang kebanyakannya main langgar je. Kamikaze. Berani mati. Ko tanggung la sendiri huhu.
2. Lokasi pelaburan
  • Mr T bermula di Mentari Court Sunway. Sebabnya beliau duduk di Taman Medan, hanya 10 minit diperlukan dari rumah untuk menguruskan rumah sewa. Ofis kami pun di Sunway. So kalaupun beliau perlu keluar waktu lunch, tak mengambil masa perjalanan yang lama. Badan pun tak penat. Malam2 pun sempat nak view rumah dengan pemilik atau bakal penyewa. Lepas tu Mentari Court merupakan apartment medium cost. Ada pegawai keselamatan. Dekat dengan stesen KTM Setia Jaya, BRT, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Kemudahan pun banyak. Sunway Pyramid. Sunway Medical Centre. Monash University, Taylor's University, Sunway University. Prospek penyewa berlambak. Young professionals. Students. Expatriats. Pekerja kilang. Fuhhh lokasi memang hot.
  • Aku? - Dulu Mr T ajak aku sama2 buat di Mentari Court. Tapi masalahnya aku duduk jauh kat Sungai Buloh. Kalau pun aku nak view rumah selepas waktu keja, aku still akan ambil masa yang lama untuk perjalanan balik ke rumah. Badan penat. So aku memilih untuk buat sublet di Damansara Damai. Hanya 20 minit je dari rumah aku. Memang tempat ni dekat dengan Hospital Sg Buloh, Stesen KTM dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tapiiiiii....aku silap..sebab aku bermula dengan flat kos rendah. Selain daripada 3 benda kat atas ni, Damansara Damai bukan lah lokasi yang panas kalau nak dibandingkan dengan Mentari Court. Bakal penyewa pun kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah. Aku tak boleh nak letak harga sewa yang tinggi. Profit margin setiap unit sangat rendah, paling banyak pun RM200. Lepas tu flat ni dah agak lama, banyak kos perlu dikeluarkan untuk repair. Tuan rumah pun jenis yang tak berapa nak mampu jugak. Aku pulak baik sanggup keluarkan kos sendiri. Lepas tambah kos setup semua, 18 bulan baru balik modal. Tempoh sewaan dengan tuan rumah?2 tahun @ 24 bulan. Sangat tak berbaloi.
3. Komitmen keluarga
  • Agak kelakar bila wife kami sama2 mengandung dan melahirkan anak kedua pada tempoh yang lebih kurang sama. Walaupun zuriat bertambah, Mr T masih tetap berpeluang untuk terus keluar menguruskan rumah2 sewa beliau samada pada selepas waktu kerja, malam ataupun pada hujung minggu. Malah beliau semakin rancak ber-networking dengan subletter2 lain sampailah wujudnya komuniti Penunggu Rumah (PR). Sehingga kini, Mr T sudah menguruskan 10 unit sublet di Mentari Court sahaja. Beliau mula mengalihkan perhatian kepada hartanah2 high end hasil bimbingan Tuan Faizul Ridzuan. Yang aku tau, Mr T dah beli 1 unit studio di Bukit Damansara, dalam proses untuk beli unit2 studio underconstruction di Cheras dan Damansara Damai. Sambil2 tu Mr T sempat juga jadi Real Estate Negotiator (REN) under Chester Properties. 
  • Aku? - Bezanya aku dapat anak kembar. And what a HUGE DIFFERENCE it made to my life. Our life. Walaupun Damansara Damai tu dekat dengan rumah, tapi agak sukar untuk aku keluar rumah walaupun pada hujung minggu. Apatah lagi waktu malam selepas bekerja. Anak 3 orang tak sama macam menguruskan anak 2 beb. My wife needs me at home. So bila ada urusan2 berkaitan dengan rumah sewa, aku terpaksa outsource pada orang lain. Which means ada kos upah. Dah la profit margin sikit. Aku masih mencuba untuk keluar pada waktu lunch, tapi jarak perjalanan pergi balik dari Sunway ke Damansara Damai mengambil masa lebih daripada sejam. Badan penat dibuatnya. In the end, memang aku tak boleh nak bergerak jauh dalam sublet. Apatah lagi dengan perancangan Allah yang Maha Esa bila my wife disahkan mengandung anak ke-4 kami. Alahan teruk. Almost 90% house chores terpaksa aku ambil alih. Nak harap sape lagi kan. Satu persatu unit sublet dipulangkan. Total failure.
Bagi aku, sebaik2 perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah SWT. Kena bersangka baik pada Tuhan. Sometimes when I looked back at the last 3 years, there are things that I wished I did in a different way, there is no use for me to regret it. I am responsible for every moves that I made. STAY POSITIVE. Mungkin aku tak diberi rezeki dengan harta, tapi ANAK2 PUN REZEKI JUGAK. Ramai orang dah bertahun2 kawin tapi masih belum diberi rezeki untuk dapat zuriat. Tak salah untuk melihat ke belakang, tapi yang paling penting teruskan usaha dan JALAN TERUS. 

p/s I need to change my mentality and approach. Semoga Allah masukkan aku bersama dengan golongan orang2 yang beriman.

No comments:

Post a Comment