Wednesday, 8 November 2017

6 Kesilapan Biasa Dalam ASB Financing yang Menyebabkan Kerugian
======================================================

Personaliti-personaliti FB seperti Khairul Ezuwan (KEY), Syafieqah A'lya, Redwan Khairuddin (RK), Noor Amin, mahupun Hafiz Hazmi (HH) adalah antara mereka yang banyak berkongsikan ilmu berkenaan ASB Financing.
Walaupun dah banyak tips dan teknik yang dikongsikan, masih ramai yang melakukan kesilapan.
Kesilapan-kesilapan yang dibuat bukanlah disebabkan oleh kelemahan teknik ASB, tapi lebih disebabkan oleh individu itu sendiri.

1. Tidak faham sepenuhnya
=====================
Ramai yang buat teknik ASB Financing, tapi sebenarnya langsung tiada kefahaman asas. Lebih kepada ikut "trend" bila terbaca atau terdengar kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh kenalan terdekat ataupun agen ASB.
Jika disuruh buat kira-kira sendiri, ramai yang "failed".
Bila faham dan tahu pengiraan, lebih senang untuk "monitor" prestasi teknik yang digunakan, serta mudah untuk membuat tindakan jika berlaku situasi yang kurang memberangsangkan seperti dividen rendah ataupun kadar asas (BR) dinaikkan.

2. Tiada matlamat yang jelas
======================
ASB Financing ni fleksibel, jadi nak guna teknik yang mana satu?
Berapa amaun pembiayaan nak diambil?
Berapa lama nak buat ASB Financing sebelum "terminate"?
Berapa matlamat keuntungan yang ingin dicapai?
Ini adalah antara soalan yang wajib dijawab sebelum buat keputusan untuk memohon ASB Financing.
Matlamat juga harus logik dan boleh dicapai. Ada yang berangan nak dapatkan untung puluhan ribu dalam tempoh 3 tahun, tapi hanya sanggup dan mampu untuk simpan kurang daripada RM500 sebulan.

3. Tidak menilai kemampuan sendiri
============================
Aku selalu tanya kepada klien, berapa amaun yang selesa untuk disimpan setiap bulan.
Untuk buat ASB Financing 200k, perlu bayar RM1,100 sebulan.
ASB Financing 100k, komitmen bulanan dalam RM550.
ASB Financing 50k, lebih kurang RM265.
Dalam ASB Financing, anda perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.
Ada yang konon nak guna teknik "rolling dividend", tapi bila dividen rendah dan tak mampu untuk teruskan, ambil keputusan untuk "terminate".
Dua bulan berturut-turut gagal membuat bayaran, bank akan "terminate" pembiayaan secara automatik, tapi akan wujud rekod buruk dalam laporan kredit CCRIS.

4. Tak konsisten
============
Biasanya terjadi bila anda tiada matlamat yang jelas.
Dividen ASB yang sepatutnya digunakan untuk "rolling" digunakan untuk perbelanjaan lain, seperti "renew road tax", bercuti, ataupun membeli barang-barang kehendak bila ada "sales".
Ada juga yang buat keputusan untuk "terminate" lebih awal dan tak ikut perancangan asal.

5. Tidak merancang dengan baik
=========================
Biasa dengar cerita permohonan pembiayaan perumahan ditolak disebabkan ASB Financing?
Ianya disebabkan oleh Debt to Service Ratio (DSR) yang tinggi, menyebabkan bank menolak permohonan pembiayaan yang baru.
Bank menganggap bayaran bulanan ASB Financing sebagai komitmen.
Walaubagaimanapun ada bank yang mengambil kira dividen ASB sebagai pendapatan. Tapi bergantung kepada bank juga, jadi pastikan buat perancangan tempoh masa yang sesuai untuk mohon ASB Financing.

6. Salah pilih produk bank
====================
Ada beberapa buah bank yang menyediakan produk ASB Financing.
Maybank, CIMB, RHB, Affin, Ambank dan BSN.
Setiap bank mempunyai pakej dan syarat yang berbeza.
Kadar keuntungan bank (interest) untuk semua bank di atas lebih kurang sama sahaja sebenarnya. Ada yang bagi tempoh pembiayaan 30 tahun, ada yang 25 tahun. Ada yang mewajibkan takaful, ada yang "optional".
Ada yang Islamik, ada juga konvensional.
Pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamat anda.
Rujukan utama: Laman sesawang jomurusduit.com

Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932

Monday, 28 August 2017

Kadar keuntungan (Profit Rate) Pembiayaan Peribadi @ Personal Loan (PL) vs ASB Financing
======================================================================
Masih ramai yang beranggapan kadar keuntungan (profit rate) PL adalah sama dengan ASB Financing
Kita ambil contoh PL vs ASB Financing, profit rate 5%, tempoh 10 tahun.

1. PL
RM100,000 x 5% = RM5,000
RM5,000 x 10 tahun = RM50,000
Jumlah pembiayaan = RM100,000 + RM50,000
= RM150,000
Bayaran bulanan (installment) = RM150,000/120 bulan (10 tahun)
= RM1,250
Jumlah keuntungan bank = RM50,000
Jumlah bayaran = RM150,000
==================================================

2. ASB Financing (rujuk gambar)
Bayaran bulanan = RM1,060.66
Jumlah keuntungan bank = RM27,279.20
Jumlah bayaran = RM127,279.20
==================================================

Walaupun profit rate dan tempoh pembiayaan sama, tapi jumlah pembayaran semula kepada pihak bank berbeza.
PL menggunakan fixed rate.
ASB Financing menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan jumlah baki (reducing balance)

Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932

Monday, 14 August 2017

Macam Mana Nak Tahu Dah Untung atau Tidak Dalam Pelaburan Unit Amanah?

"Bang, saya pernah buat pengeluaran dari akaun 1 KWSP, macam mana nak tahu dah untung ke tak?"

Salah satu cara mudah yang aku biasa guna untuk buat kiraan:

1. Tahu jumlah/amaun (total investment)?

2. Tahu nilai semasa (current redemption value)?

3. Tahu dah berapa lama tempoh pelaburan?

Cuba kira Return On Investment (ROI).

 Current value - total investment (modal)
------------------------------------------------------
                   Tempoh (Tahun)

Dapat nilai purata pulangan setiap tahun.

Nak lagi mudah, guna apps Financial Calculator. Masukkan semua nilai kat ROI Calculator.

Compounding Annualized Return pun boleh kira.

Buatlah perbandingan dengan pulangan ASB, KWSP & Tabung Haji. Baru boleh tahu berbaloi atau tidak.

Matlamat utama adalah untuk melabur dalam dana unit amanah yang "outperform" ketiga2 instrumen kewangan di atas.

Remarks:
Ini adalah satu contoh untuk buat kiraan mudah yang orang biasa senang nak faham.
Kalau korang ada formula @ cara kira yang lebih sofistikated, dipersilakan.

#BangBerahim

Ibrahim Musa
Unit Trust Consultant
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932

Wednesday, 25 January 2017

Create FB Page "Tips Pembiayaan ASB"

Bismillah..
Dalam post sebelum ni aku ada bagitau yang secara rasminya aku join CWA sebagai seorang konsultan. Buat masa ni aku cuma fokus pada Pembiayaan ASB je dulu. Insyaallah kalau ada rezeki dan peluang aku akan masuk ke unit trust pulak. Jadi kebelakangan ni aku pun mula promosikan diri aku sebagai seorang konsultan. Banyak idea2 dan tips yang aku kongsikan di personal FB page aku. 

Hari ni seorang sahabat timbulkan isu berkenaan taktik menjual di FB. Ramai yang berpendapat FB sepatutnya digunakan untuk mengekalkan hubungan dengan kawan2, dan bukannya tempat untuk mencari pelanggan. Jadi aku dapat idea untuk mewujudkan satu page khas untuk aku membuat perkongsian pasal ASB Financing.

Harap pembaca2 blog aku (ada ke orang baca ahahaha) akan like dan follow page tersebut. Kalau ada apa2 soalan berkenaan ASB Financing, cepat2 pm aku k.


Wednesday, 11 January 2017

CIMB Wealth Advisor

Selamat Tahun Baru 2017!

Tahun 2017 ni dimulakan dengan aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang CIMB Wealth Advisor (CWA). Bermula pada hujung Disember tahun lepas, aku telah bersemuka dengan saudara Hafiz Hazmi yang merupakan salah seorang CWA Agency Supervisor. Aku dah agak lama follow FB beliau ni, sebab aku perhatikan posting2 beliau banyak berkisar pada perancangan kewangan dan juga ASB Financing (ASBF). Kenapa aku pilih CWA?

Bukan lah nak kata kerja sekarang ni pun teruk sangat. Cuma mungkin sebab aku dah tak rasa kerja yang aku buat sekarang rewarding enough. Lepas kena transfer ke department lain sejak setahun lepas, aku dah semakin tak bersemangat kat tempat kerja. Semua kerja aku buat je macam biasa cuma perasaan seronok bekerja tu dah takde. Reporting line dah tukar. Colleague pun dah tukar. Sistem pun tukar. School retreat dah takde. Bos lama dulu selalu jumpa dan motivate staf. Buat kerja sama2 dan aku pun belajar banyak benda baru. Sekarang?Bos pun jarang nampak since office pun bangunan lain2. Nak motivate staff apatah lagi. Bila masa audit pun bos sekarang jarang muncul. Kalau dia datang, bukannya dia boleh backup pun. Baik takyah jadi supervisor kalau camtu kalau kerjanya setakat untuk sign requisition form. On paper je ko tu manager. School management office pun tak bagi support yang cukup. Asyik2 cakap orang atas yang decline kita punya request. Tapi macam mana bila school lain request boleh dapat pulak. Pastu blame orang atas kata our school kena sabotaj. Tahun2 sebelum tu kalau ada cuti perayaan, sehari sebelum tu dapat cuti separuh hari. Department sekarang ni takut sangat nak lepaskan staf balik awal, takut orang atas round dan question kenapa takde orang kat ofis. Sengal. Jaga muka sangat. 

Lepas tu faktor family pun iye jugak. Aku memang jujur dan tak nafikan kehadiran kembar adalah satu titik perubahan yang memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku. Ditambah pulak dengan kerenah diorang yang suka berjaga malam dan tidur lewat. Penat tak cukup tidur aku dibuatnya. Boleh je kalau aku nak tidur je dan biarkan diorang berdua tu main sampai tertidur sendiri. Tapi kadang2 diorang ni bergaduh berebut mainan lah, lapar nak makan lah, lepas tu dok main guling2 atas tilam kat sebelah kita la. Mana tak menganggu. Cuba yang terbaik untuk melatih diorang ni bangun dan tidur awal, di rumah sendiri kita boleh kawal tapi di rumah pengasuh lak yang kacau. Suka sangat tidurkan dan biarkan diorang ni tidur berjam2, kadang2 daripada pagi tidur sampai pukul 3-4 petang baru bangun. Kot ye pun kejutkan lah budak2 tu kalau dah tidur lama sangat. Sekali dua kita tegur, tapi bila dia masih buat macam tu jugak malas la aku nak tegur dah. Aku tunggu je peluang yang sesuai nak hantar kembar tu ke taska. 

Tu part kembar. Nak dijadikan cerita, Allah bagi seorang lagi anak pada kami. Walaupun sejujurnya kami memang tak bersedia nak terima kehadiran orang baru. Dah Allah bagi, macam mana ko nak tolak. Semoga Allah melapangkan dada kami dan jadikan kami tidak hanya memandang harta dunia semata2 sebagai rezeki. Anak2 pun rezeki jugak. Orang lain bertahun2 kahwin tapi belum ada rezeki dapat anak (pujuk hati sendiri). So sejak daripada wife mula mengandung masa puasa hari tu, hampir 90% kerja2 rumah aku ambik alih. Balik dari kerja, punch card masuk rumah lak sambung kerja. Penat gila. Tak tertanggung rasanya. Allahu. Bila penat tu aku mula la nak marah2 je kat rumah. Lepas tu bergaduh laki bini. Ko rasa happy ke dengan life macam ni?Financial takyah cakap lah. Memang bleeding tiap2 bulan.

In conclusion, I'm not happy with my current situation, and I need to do something about it. 

Itulah yang membuat aku tekad berjumpa dengan Hafiz, dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib sebagai agen CWA. Aku fokus kepada ASB Financing memandangkan ia satu produk yang aku dah lama faham, dan mudah untuk aku memberi penerangan kepada orang lain. Kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa depan. Sekurang2nya kalau aku diberhentikan kerja, aku dah ada backup dengan kerja sebagai agen CWA. 

Apa yang aku kejar bukanlah kesenangan dengan harta dunia, aku cuma mahukan sebuah kehidupan yang tenang dan berkualiti bersama keluarga aku. Semoga Allah membantu proses penghijrahan ini.

p/s Ada yang berminat nak tau pasal ASBF?Roger aku