Baru2 ni aku telah menghubungi tuan rumah untuk salah satu unit sublet aku, iaitu Puan Nora. Aku pernah post sebelum ni mengenai niat beliau untuk menjual rumah tersebut. Sebenarnya aku nak pulangkan semula rumah beliau dan berhenti daripada menguruskan rumah tersebut. Puan Nora ni baik je orangnya,aku takde apa2 masalah pun dengan dia selama ni. Cuma aku mengambil keputusan untuk remove unit2 yang bagi aku kurang memberi pulangan. Maklum la, lebihan sewa yang aku dapat cuma RM50 je sebulan. Walaupun penyewa tak memberi apa2 masalah, tapi baik aku berhenti sebelum ada masalah yang muncul.
Dalam sublet, cashflow setiap bulan sangat lah penting. Sebab sublet ni bagi aku tak boleh dikira sebagai pendapatan pasif. Ia adalah pendapatan aktif sebenarnya. Banyak yang perlu subletter uruskan, dan nampaknya ia memberi sedikit masalah kepada aku. Dengan kesibukan di tempat kerja, ditambah pula dengan tanggungjawab kepada anak2 dan isteri di rumah, susah untuk aku bergerak untuk menguruskan rumah2 sewa yang ada. Memang la setiap kali berlaku kerosakan, En Ramli banyak membantu sebab aku susah nak cari masa untuk attend, tapi aku perlu fikirkan mengenai kos upah yang perlu dibayar. Kalau hanya setakat untung RM50 sebulan, tiba2 ada pulak kerosakan yang berlaku di rumah sewa yang kos repair lebih tinggi daripada keuntungan yang aku dapat. Sebagai contoh, caj upah untuk sinki @ saluran paip tersumbat adalah antara RM200-250. Berbaloi ke untuk aku pening kepala untuk unit seperti ini?Satu lagi, biasanya penyewa akan bayar sewa pada 7/8hb, bermakna setiap 5hb aku mendahulukan duit sendiri untuk bayar sewa kepada tuan rumah.
Alhamdulillah Puan Nora akur dengan keputusan aku, tambahan pulak lepas ni sewa yang dia dapat adalah RM600 berbanding RM550 yang dia dapat sekarang ni. Cuma lepas ni dalam apa2 urusan pun, kedua2 belah pihak akan terus berhubung tanpa perlu melalui aku. Insyaallah lepas ni rumah Mr Loi di Apartment Lestari berada dalam next list aku untuk dipulangkan semula.
No comments:
Post a Comment