Tuesday, 23 February 2016

Ragam Penyewa - Dah bayar booking & deposit, tiba-tiba nak keluar?

          Sebelum ni aku pernah post pasal make over rumah sewa kat Apartment Idaman, Damansara Damai. Mungkin disebabkan faktor musim persekolahan baru buka dan masih di awal tahun, sambutan untuk menyewa kurang memuaskan. Dalam sehari, ada la dalam 3-4 orang je yang bertanya. Lagi satu, maybe sebab aku cuma buat iklan online kat Mudah.my je, so kebanyakan orang tak familiar dengan area ni. Akhirnya pada 13hb Jan, ada la sorang awek ni setuju nak datang tengok rumah dan nak terus masuk menyewa. Daripada apa aku diberitahu, dia akan duduk bersama-sama dengan 3 orang lagi rakan. Disebabkan aku ni tuan rumah yang baik (ehem ehem), aku cuma mintak sewa setengah bulan sahaja + deposit 1 bulan + RM200 (utiliti). Dia bayar booking RM50 maka aku pun terus tutup iklan. Masih ada lagi yang bertanya pasal rumah sewa tapi telah aku tolak.

          Nak dijadikan cerita, lepas beberapa hari, awek ni kata tak jadi lak nak masuk segera, instead nak masuk pada hujung bulan. Adeh, dah rugi dah sewa sebulan nampak gayanya. Tapi dengan niat nak membantu plus aku malas nak iklankan balik dan cari penyewa lain, aku pun turutkan jela. Tup tup tak lama lepas tu dia kata arwah abang meninggal pulak. Dan dia terpaksa balik kampung buat sementara waktu. Tapi dia berjanji tetap nak masuk  menyewa rumah, cuma mungkin lewat sedikit. Sampai 8hb Feb, awek ni pun bayar full deposit dan aku pun serahkan kunci rumah melalui handyman aku, En Ramli. Tiba-tiba pada 18hb..............................................aku dapat whatsapp yang dia nak tak jadi nak menyewa, nak keluar rumah. Lepas tu boleh lak nak minta balik full deposit sebab walaupun dia dah ambik kunci rumah, dia dan yang lain-lain masih belum berpindah masuk. Huh?!

          Haruslah aku membebel. Ramai bakal penyewa yang aku dah tolak sebelum ni. Malah masa jumpa hari tu dah aku katakan yang syarat minimum kena duduk 6 bulan. Dia bagi alasan lepas arwah abang dia meninggal, dia rasa nak balik kampung temankan orang tua. Aku tak suka nak judge orang lain, samada cerita dia betul atau tak. Tapi sepanjang pengalaman aku dalam menguruskan rumah sewa, tiada siapa yang akan rasa kesian pada tuan rumah. Apa, ingat penyewa je ada masalah, tuan rumah dok goyang kaki takde apa nak fikir? Sebagai subletter, samada rumah ada penyewa atau tak, aku tetap perlu bayar secara konsisten pada setiap awal bulan. Inilah risiko yang terpksa dihadapi (mesti ada yang kata, padan muka subletter huhuhu). Sebab tu aku perlu berhati kering. Samada cerita awek tu betul atau tidak, wallahualam. Kalau ikutkan hati, aku boleh je kira deposit awek ni hangus, sebab dia keluar tanpa notis 30 hari. Tapi atas sebab perikemanusiaan, aku bersetuju untuk pulangkan deposit sahaja sebab terpaksa ambil kira sewa untuk bulan Feb. Rumah tu terpaksa diiklankan semula, dan menjadi punca handphone aku tak henti-henti berbunyi sampai ke hari ni dek kerana call/whatsapp/sms yang masuk bertalu-talu hehe.

p/s Alhamdulillah 20hb baru ni dah ada orang yang book rumah ni. Kunci rumah dah pun diserahkan semalam. Satu lagi berita gembira bila ada yang setuju nak book dan masuk menyewa bilik di Apartment Lestari. Syukur ya Allah, semua rumah penuh buat masa ni. Semoga semua urusan sentiasa Allah permudahkan.

No comments:

Post a Comment