Lately, banyak kedengaran pasal isu bank susah nak luluskan permohonan pembiayaan rumah. Alhamdulillah dalam kes aku, setakat ni 2x apply loan rumah, lulus tanpa sebarang masalah. Plan tahun ni nak refinance rumah sewa kat Putrajaya tu. Masa beli tahun 2014, harga beli 135k, yang mana merupakan 10% below market value (150k). Baru baru ni saja check kat website Brickz.my yang mana merupakan satu database untuk transaksi subsale. Alhamdulillah, latest transaction pada Ogos tahun lepas ialah 239k. Ada peluang kat situ untuk dapatkan lebihan cash, insyallah boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada di samping menambah aset.
Menarik ilmu yang aku dapat hasil daripada perkongsian seorang awek banker, Bella Leana, berkenaan dengan cara untuk menambat hati pihak bank supaya mudah meluluskan permohoan pinjaman. Artikel ni aku share kan daripada website Gila Hartanah, walaupun sebenarnya aku dah pun terbaca kat wall FB Bella Leana sebelum ni. Insyaallah boleh dijadikan bahan rujukan untuk urusan refinance nanti. Semoga Allah permudahkan, amin.
http://gilahartanah.com/gaji-basic-tak-lepas-nak-buat-loan-rumah-strategi-pendapatan-proksi-ini-akan-tinggikan-peluang-bank-luluskan-permohonan-anda/
No comments:
Post a Comment