Alhamdulillah..selepas berbulan2 menunggu, kelmarin Haifa dari Najmuddin & Partners call aku bagitau update pasal rumah Ghafar kat Damansara Damai tu. Sebelum ni aku pernah ceritakan DI SINI berkenaan dengan tempoh masa yang terlalu lama untuk dapatkan consent daripada pihak pemaju. Anggaran aku awal bulan September insyaallah loan dah disburse dan dapat vacant possession (VP). Semoga dipermudahkan urusan2 selepas ni.
A proud father of a son and twin girls, lab technician, entrepeneur-hopeful-to be
Friday, 29 July 2016
Sunday, 17 July 2016
Haters
Dari dinding FB salah seorang guru kewangan saya:
Eh..dah ko maki2 orang tu kapitalis la..kepala botak takde rambut la..penyu botak la..boleh pulak ko nak minta tolong daripada orang tu eh..aduyai..cakap elok2 tak boleh ke dik..konon nak bagi kawan2 ko tu semua celik kewangan..carilah guru yang betul..belajar..kalau kawan2 ko tu tak nak dengar,biar lah diorang tu..sebelum nak kesian pada orang lain, kesian dulu pada diri sendiri..bila lepas tu orang yang ko maki tu setuju dengan permintaan ko untuk buat sesi percuma, terima kasih pun takde..lagi ko sombong nak kata yang ko takkan datang program ni..dah la guna fake fb profile..kalau betul2 berani nak fight capitalism kononnya, guna la real profile..baru anak jantan
Tuan Zaidi selalu menyebut bahawa hartanah ni hanyalah satu tools untuk mencapai matlamat kewangan. Selain daripada hartanah, saham, unit trust, ASB dan Tabung Haji juga merupakan satu tools. Jadi tak perlu emosi kerana tools itu sendiri tiada emosi terhadap kita. Kerana akhirnya semua ini akan ditinggalkan bila kita mati kelak.
Wednesday, 13 July 2016
Menang Rumah Lelong
Alhamdulillah..alhamdulillah..berjaya membida satu unit rumah kos rendah di Puchong. Rp 70k, menang 78k. Unit virgin. Rumah ni baru siap jadi tak perlu keluar kos untuk repair apa2. Mesti ada yang fikir macam mana boleh menang murah camtu kan. Sebenarnya sebelum ni pernah kalah kat sini, kitorang lawan sampai 115k. Tapi untuk kali ni, tuan Shafie Bustan berjaya deal untuk kawtim dengan agen yang menang sebelum ni. Kena bayar token la sket, tapi yang penting harga menang tu masih berbaloi. Kadar sewa kat sini dalam RM700 sebulan. Ok la kan, bayaran bulanan lebih kurang RM400 sebulan, dapat la positive cashflow beberapa ratus. Sape nak kasi beb hehe.
Unit virgin di Puchong
Ada unit komersial berhadapan dengan rumah ni
Ada unit yang dah mula beroperasi
Unit untuk dijual, subsale
Iklan sewa
Tapi jangan terlalu gembira. Pihak pemaju (Expand Factor Sdn Bhd) merupakan anak syarikat kepada Talam Corp yang dah lama bungkus (bankrupt). Developer in liquidation dalam bahasa omputeh. So tak banyak bank yang sanggup nak bagi loan. Aku berani masuk bid pun sebab Pie kata dia dah check dengan BSN yang kat sini boleh buat loan. Sebelum ni ada sorang klien JRL menang kat sini tapi dia bayar cash.
Kalau tak dapat loan, kena la korek mana2 tabung sebab kena bayar cash. Unit ni kena buat full settlement dalam 120 hari, so harap2 ada banyak masa untuk dapatkan loan. Kalau gagal, unit akan terlelong semula. Itulah antara risiko bila beli rumah lelong. Buat masa ni, selain daripada BSN, aku dah submit jugak kat Hong Leong yang merupakan bank pelelong. Insyaallah tengah hari ni nak lari ke CIMB jap. Kebanyakan banker yang aku tanya (Public, Bank Rakyat, Bank Islam), memang tak favor nak ambik kes ni. Takpe, kita usaha dulu.
Banker Public Bank
Banker Bank Islam
Banker Bank Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)