Alhamdulillah..alhamdulillah..berjaya membida satu unit rumah kos rendah di Puchong. Rp 70k, menang 78k. Unit virgin. Rumah ni baru siap jadi tak perlu keluar kos untuk repair apa2. Mesti ada yang fikir macam mana boleh menang murah camtu kan. Sebenarnya sebelum ni pernah kalah kat sini, kitorang lawan sampai 115k. Tapi untuk kali ni, tuan Shafie Bustan berjaya deal untuk kawtim dengan agen yang menang sebelum ni. Kena bayar token la sket, tapi yang penting harga menang tu masih berbaloi. Kadar sewa kat sini dalam RM700 sebulan. Ok la kan, bayaran bulanan lebih kurang RM400 sebulan, dapat la positive cashflow beberapa ratus. Sape nak kasi beb hehe.
Unit virgin di Puchong
Ada unit komersial berhadapan dengan rumah ni
Ada unit yang dah mula beroperasi
Unit untuk dijual, subsale
Iklan sewa
Tapi jangan terlalu gembira. Pihak pemaju (Expand Factor Sdn Bhd) merupakan anak syarikat kepada Talam Corp yang dah lama bungkus (bankrupt). Developer in liquidation dalam bahasa omputeh. So tak banyak bank yang sanggup nak bagi loan. Aku berani masuk bid pun sebab Pie kata dia dah check dengan BSN yang kat sini boleh buat loan. Sebelum ni ada sorang klien JRL menang kat sini tapi dia bayar cash.
Kalau tak dapat loan, kena la korek mana2 tabung sebab kena bayar cash. Unit ni kena buat full settlement dalam 120 hari, so harap2 ada banyak masa untuk dapatkan loan. Kalau gagal, unit akan terlelong semula. Itulah antara risiko bila beli rumah lelong. Buat masa ni, selain daripada BSN, aku dah submit jugak kat Hong Leong yang merupakan bank pelelong. Insyaallah tengah hari ni nak lari ke CIMB jap. Kebanyakan banker yang aku tanya (Public, Bank Rakyat, Bank Islam), memang tak favor nak ambik kes ni. Takpe, kita usaha dulu.
Banker Public Bank
Banker Bank Islam
Banker Bank Rakyat
No comments:
Post a Comment