Wednesday, 21 September 2016

Kalaulah dulu.........

     Tidak kiralah samada pelaburan hartanah, saham atau unit trust, kita seringkali mendengar ayat "Kalaulah dulu aku buat macam ni, mesti sekarang aku dapat macam ni". Allahuakbar. Perkataan "kalau" ni memang biasanya orang akan kaitkan dengan bisikan syaitan kerana menyebabkan kita jadi menyesal dan tak redha dengan qada dan qadar yang Allah dah tetapkan. Topik "kalau" ni cukuplah kalau aku kaitkan dengan pengalaman aku sendiri. Sebagai contoh aku nak cerita antara penyesalan2 yang aku rasa sebab terlepas peluang dalam pelaburan hartanah.

Cerita 1:

Kembali pada tahun 2013, masa tu isteri aku dah mula mengajak membeli rumah untuk kami tinggal sendiri. Sejak berkahwin pada penghujung tahun 2009, kami menyewa apartment di Saujana Utama, Sg Buloh. Iyelah orang perempuan ni biasanya nakkan perasaan memiliki rumah sendiri, nak hias2 rumah, nak ada perasaan "secure". Kalau menyewa ni bila2 je tuan rumah boleh suruh kita keluar. So aku pun mulalah membuat survey rumah2 untuk dibeli. Nak cari rumah baru sebab masih dalam keadaan cantik. Kalau beli rumah second hand ni biasanya kena keluar kos tambahan untuk repair. So terjumpalah dengan projek "Castana"; pemaju Pristana Property Group. Harga RM388k. Aku dah pergi tengok rumah contoh, memang berminat nak beli. Design rumah ni memang dah siap dengan extend bahagian wet kitchen, so tak perlu nak renovate dah. Booking RM2k. Tapi bila agen tu kata bayaran bulanan dalam RM2k, terus tak jadi beli sebab masa tu rasa mahal sangat tak mampu nak beli. Masa ni tak pandai nak kira DSR sendiri so tak yakin yang loan boleh approve. Tahun lepas bila projek ni dah siap, aku dapat tahu harga dah naik RM500k. *frust*


Cerita 2:

Aku turut meluaskan pencarian ke bandar sebelah iaitu Puncak Alam. Masa tu IJM Land Berhad masih lagi dalam peringkat awal memajukan Shah Alam 2. Siap ambik half day pusing2 naik motor sebab nak kenal area ni. Terjumpa satu projek Atria@Alam Suria. Harga mula dari RM370k, booking RM3k kalau tak silap. Masa tu tak yakin dengan potensi Puncak Alam, tambahan lak wife sendiri agak keberatan nak pindah dari Saujana Utama ni. Dah selesa sebab masa tu rasa kt SU ni semua ada. Puncak Alam apa ada?Dah la selalu banjir. Walaupun tau yang Tesco Puncak Alam baru naik papan tanda untuk pembinaan masa tu, tapi masih tak yakin @ berani nak teruskan pembelian. Dah call dah pun agen yang handle projek ni, tapi last2 tak proceed. Harga sekarang? Almost RM500k jugak. Haih.



Cerita 3:

Selain daripada projek baru, aku turut survey pasaran subsale jugak. Antara rumah yang aku pegi tengok masa tu adalah rumah dua tingkat di Seri Pristana. Buildup 18" x 65", depan padang, lepas tu barisan tu cuma ada dalam 8 buah rumah je so agak privacy la jugak. Harga RM230k. Masa tu rasa macam tak berapa minat nak beli sebab rasa rumah ni kecik je huhuhu. Owner willing untuk tunggu pengeluaran dari EPF untuk bayaran deposit. Bila kira2 duit EPF wife dan diri sendiri, rasanya macam cukup je kalau nak bayar 10% deposit. Tapi bila buat kira2 untuk legal fees yang mungkin mencecah belasan ribu ringgit, terus tak jadi nak beli. Harga sekarang?Kurang2 pun RM320k. Masa tu takde ilmu dan tak rajin nak survey pasal pinjaman perumahan dekat bank. Padahal ada je bank yang offer free legal fees and stamp duty. Masa ni pun tengah kecoh lagi pasal Skim Rumah Pertamaku.

Cerita 4: 

Satu lagi rumah subsale yang aku tengok di Fasa 3 Puncak Alam. Pemilik merupakan seorang pensyarah di Uitm Shah Alam. Dia beli sebab ingatkan fakulti dia kena pindah ke Puncak Alam, sekalinya tak jadi pindah. Buildup 20" x 70", rumah takde la cantik sangat kalau tengok daripada luar, tap masih dalam keadaan baik tak perlu sebarang kerja2 pembaikan pun. Harga? RM220k. Market value dalam RM240k, boleh markup loan. Meleleh air liur beb kalau dapat harga macam ni sekarang. Rumah ni antara yang paling aku menyesal tak beli ahahaha. Kenapa tak proceed masa tu? Kononnya sebab agak jauh dari surau/masjid. Masa tu ayah tinggal dengan kami dan boleh dikatakan masih agak sihat sebab dia masih boleh berjalan ke masjid untuk solat Jumaat. Kesian nanti ayah jalan jauh. Siapa sangka tahun lepas ayah kena strok sekali lagi dan menyebabkan kesihatan dia makin merosot. Sekarang ni solat Jumaat pun tak pegi dah. Masjid Puncak Alam kat Fasa 2 pun dah siap dan boleh dikatakan agak meriah jugak. Tesco dah siap. Even kat belakang rumah ni dah ada commercial area. Jalan pun dah cantik upgrade jadi 2 lane. Current value?adalah dalam RM350k huhuhu *nangis*

--------------------------------------------------------------------

So apa pengajarannya kat sini?Harga rumah ni tak kekal bro. Ko boleh rasa tak puas hati bila tengok harga rumah 2 tingkat mostly launched at RM500k++. Memang mahal. Tapi masa 3 tahun lepas harga RM350k pun aku rasa mahal jugak. Malah 5 tahun lepas masa harga RM200k pun orang rasa mahal waktu tu. Jadi cari ilmu dulu, lepas tu kalau jumpa rumah yang rasa sesuai, buat kira2 dulu. Jangan tunggu lama2 untuk buat keputusan. Kalau rasa tak mampu nak beli rumah mahal, masih banyak rumah murah yang boleh dibeli dan dijadikan pelaburan. Takde apa yang salahnya dengan pelaburan hartanah ni. Bagi orang Cina, property investment merupakan budaya mereka. Orang Melayu je yang rasa benda ni asing padahal sebenarnya tak jauh beza dengan zaman atok nenek kita dulu, cuma dulu diorang beli tanah instead of rumah. 

Kalaulah dulu aku lebih berani.............

No comments:

Post a Comment