Wednesday, 8 November 2017

6 Kesilapan Biasa Dalam ASB Financing yang Menyebabkan Kerugian
======================================================

Personaliti-personaliti FB seperti Khairul Ezuwan (KEY), Syafieqah A'lya, Redwan Khairuddin (RK), Noor Amin, mahupun Hafiz Hazmi (HH) adalah antara mereka yang banyak berkongsikan ilmu berkenaan ASB Financing.
Walaupun dah banyak tips dan teknik yang dikongsikan, masih ramai yang melakukan kesilapan.
Kesilapan-kesilapan yang dibuat bukanlah disebabkan oleh kelemahan teknik ASB, tapi lebih disebabkan oleh individu itu sendiri.

1. Tidak faham sepenuhnya
=====================
Ramai yang buat teknik ASB Financing, tapi sebenarnya langsung tiada kefahaman asas. Lebih kepada ikut "trend" bila terbaca atau terdengar kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh kenalan terdekat ataupun agen ASB.
Jika disuruh buat kira-kira sendiri, ramai yang "failed".
Bila faham dan tahu pengiraan, lebih senang untuk "monitor" prestasi teknik yang digunakan, serta mudah untuk membuat tindakan jika berlaku situasi yang kurang memberangsangkan seperti dividen rendah ataupun kadar asas (BR) dinaikkan.

2. Tiada matlamat yang jelas
======================
ASB Financing ni fleksibel, jadi nak guna teknik yang mana satu?
Berapa amaun pembiayaan nak diambil?
Berapa lama nak buat ASB Financing sebelum "terminate"?
Berapa matlamat keuntungan yang ingin dicapai?
Ini adalah antara soalan yang wajib dijawab sebelum buat keputusan untuk memohon ASB Financing.
Matlamat juga harus logik dan boleh dicapai. Ada yang berangan nak dapatkan untung puluhan ribu dalam tempoh 3 tahun, tapi hanya sanggup dan mampu untuk simpan kurang daripada RM500 sebulan.

3. Tidak menilai kemampuan sendiri
============================
Aku selalu tanya kepada klien, berapa amaun yang selesa untuk disimpan setiap bulan.
Untuk buat ASB Financing 200k, perlu bayar RM1,100 sebulan.
ASB Financing 100k, komitmen bulanan dalam RM550.
ASB Financing 50k, lebih kurang RM265.
Dalam ASB Financing, anda perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.
Ada yang konon nak guna teknik "rolling dividend", tapi bila dividen rendah dan tak mampu untuk teruskan, ambil keputusan untuk "terminate".
Dua bulan berturut-turut gagal membuat bayaran, bank akan "terminate" pembiayaan secara automatik, tapi akan wujud rekod buruk dalam laporan kredit CCRIS.

4. Tak konsisten
============
Biasanya terjadi bila anda tiada matlamat yang jelas.
Dividen ASB yang sepatutnya digunakan untuk "rolling" digunakan untuk perbelanjaan lain, seperti "renew road tax", bercuti, ataupun membeli barang-barang kehendak bila ada "sales".
Ada juga yang buat keputusan untuk "terminate" lebih awal dan tak ikut perancangan asal.

5. Tidak merancang dengan baik
=========================
Biasa dengar cerita permohonan pembiayaan perumahan ditolak disebabkan ASB Financing?
Ianya disebabkan oleh Debt to Service Ratio (DSR) yang tinggi, menyebabkan bank menolak permohonan pembiayaan yang baru.
Bank menganggap bayaran bulanan ASB Financing sebagai komitmen.
Walaubagaimanapun ada bank yang mengambil kira dividen ASB sebagai pendapatan. Tapi bergantung kepada bank juga, jadi pastikan buat perancangan tempoh masa yang sesuai untuk mohon ASB Financing.

6. Salah pilih produk bank
====================
Ada beberapa buah bank yang menyediakan produk ASB Financing.
Maybank, CIMB, RHB, Affin, Ambank dan BSN.
Setiap bank mempunyai pakej dan syarat yang berbeza.
Kadar keuntungan bank (interest) untuk semua bank di atas lebih kurang sama sahaja sebenarnya. Ada yang bagi tempoh pembiayaan 30 tahun, ada yang 25 tahun. Ada yang mewajibkan takaful, ada yang "optional".
Ada yang Islamik, ada juga konvensional.
Pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamat anda.
Rujukan utama: Laman sesawang jomurusduit.com

Ibrahim Musa
CIMB Wealth Advisor CWA
019-6152932

No comments:

Post a Comment