Tuesday, 23 February 2016

Strategi Untuk Tinggikan Peluang Bank Luluskan Permohonan Anda

Lately, banyak kedengaran pasal isu bank susah nak luluskan permohonan pembiayaan rumah. Alhamdulillah dalam kes aku, setakat ni 2x apply loan rumah, lulus tanpa sebarang masalah. Plan tahun ni nak refinance rumah sewa kat Putrajaya tu. Masa beli tahun 2014, harga beli 135k, yang mana merupakan 10% below market value (150k). Baru baru ni saja check kat website Brickz.my yang mana merupakan satu database untuk transaksi subsale. Alhamdulillah, latest transaction pada Ogos tahun lepas ialah 239k. Ada peluang kat situ untuk dapatkan lebihan cash, insyallah boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada di samping menambah aset.


Menarik ilmu yang aku dapat hasil daripada perkongsian seorang awek banker, Bella Leana, berkenaan dengan cara untuk menambat hati pihak bank supaya mudah meluluskan permohoan pinjaman. Artikel ni aku share kan daripada website Gila Hartanah, walaupun sebenarnya aku dah pun terbaca kat wall FB Bella Leana sebelum ni. Insyaallah boleh dijadikan bahan rujukan untuk urusan refinance nanti. Semoga Allah permudahkan, amin.

http://gilahartanah.com/gaji-basic-tak-lepas-nak-buat-loan-rumah-strategi-pendapatan-proksi-ini-akan-tinggikan-peluang-bank-luluskan-permohonan-anda/

Ragam Penyewa - Dah bayar booking & deposit, tiba-tiba nak keluar?

          Sebelum ni aku pernah post pasal make over rumah sewa kat Apartment Idaman, Damansara Damai. Mungkin disebabkan faktor musim persekolahan baru buka dan masih di awal tahun, sambutan untuk menyewa kurang memuaskan. Dalam sehari, ada la dalam 3-4 orang je yang bertanya. Lagi satu, maybe sebab aku cuma buat iklan online kat Mudah.my je, so kebanyakan orang tak familiar dengan area ni. Akhirnya pada 13hb Jan, ada la sorang awek ni setuju nak datang tengok rumah dan nak terus masuk menyewa. Daripada apa aku diberitahu, dia akan duduk bersama-sama dengan 3 orang lagi rakan. Disebabkan aku ni tuan rumah yang baik (ehem ehem), aku cuma mintak sewa setengah bulan sahaja + deposit 1 bulan + RM200 (utiliti). Dia bayar booking RM50 maka aku pun terus tutup iklan. Masih ada lagi yang bertanya pasal rumah sewa tapi telah aku tolak.

          Nak dijadikan cerita, lepas beberapa hari, awek ni kata tak jadi lak nak masuk segera, instead nak masuk pada hujung bulan. Adeh, dah rugi dah sewa sebulan nampak gayanya. Tapi dengan niat nak membantu plus aku malas nak iklankan balik dan cari penyewa lain, aku pun turutkan jela. Tup tup tak lama lepas tu dia kata arwah abang meninggal pulak. Dan dia terpaksa balik kampung buat sementara waktu. Tapi dia berjanji tetap nak masuk  menyewa rumah, cuma mungkin lewat sedikit. Sampai 8hb Feb, awek ni pun bayar full deposit dan aku pun serahkan kunci rumah melalui handyman aku, En Ramli. Tiba-tiba pada 18hb..............................................aku dapat whatsapp yang dia nak tak jadi nak menyewa, nak keluar rumah. Lepas tu boleh lak nak minta balik full deposit sebab walaupun dia dah ambik kunci rumah, dia dan yang lain-lain masih belum berpindah masuk. Huh?!

          Haruslah aku membebel. Ramai bakal penyewa yang aku dah tolak sebelum ni. Malah masa jumpa hari tu dah aku katakan yang syarat minimum kena duduk 6 bulan. Dia bagi alasan lepas arwah abang dia meninggal, dia rasa nak balik kampung temankan orang tua. Aku tak suka nak judge orang lain, samada cerita dia betul atau tak. Tapi sepanjang pengalaman aku dalam menguruskan rumah sewa, tiada siapa yang akan rasa kesian pada tuan rumah. Apa, ingat penyewa je ada masalah, tuan rumah dok goyang kaki takde apa nak fikir? Sebagai subletter, samada rumah ada penyewa atau tak, aku tetap perlu bayar secara konsisten pada setiap awal bulan. Inilah risiko yang terpksa dihadapi (mesti ada yang kata, padan muka subletter huhuhu). Sebab tu aku perlu berhati kering. Samada cerita awek tu betul atau tidak, wallahualam. Kalau ikutkan hati, aku boleh je kira deposit awek ni hangus, sebab dia keluar tanpa notis 30 hari. Tapi atas sebab perikemanusiaan, aku bersetuju untuk pulangkan deposit sahaja sebab terpaksa ambil kira sewa untuk bulan Feb. Rumah tu terpaksa diiklankan semula, dan menjadi punca handphone aku tak henti-henti berbunyi sampai ke hari ni dek kerana call/whatsapp/sms yang masuk bertalu-talu hehe.

p/s Alhamdulillah 20hb baru ni dah ada orang yang book rumah ni. Kunci rumah dah pun diserahkan semalam. Satu lagi berita gembira bila ada yang setuju nak book dan masuk menyewa bilik di Apartment Lestari. Syukur ya Allah, semua rumah penuh buat masa ni. Semoga semua urusan sentiasa Allah permudahkan.

Wednesday, 10 February 2016

Menyerahkan Unit Sublet

     Baru2 ni aku telah menghubungi tuan rumah untuk salah satu unit sublet aku, iaitu Puan Nora. Aku pernah post sebelum ni mengenai niat beliau untuk menjual rumah tersebut. Sebenarnya aku nak pulangkan semula rumah beliau dan berhenti daripada menguruskan rumah tersebut. Puan Nora ni baik je orangnya,aku takde apa2 masalah pun dengan dia selama ni. Cuma aku mengambil keputusan untuk remove unit2 yang bagi aku kurang memberi pulangan. Maklum la, lebihan sewa yang aku dapat cuma RM50 je sebulan. Walaupun penyewa tak memberi apa2 masalah, tapi baik aku berhenti sebelum ada masalah yang muncul.

     Dalam sublet, cashflow setiap bulan sangat lah penting. Sebab sublet ni bagi aku tak boleh dikira sebagai pendapatan pasif. Ia adalah pendapatan aktif sebenarnya. Banyak yang perlu subletter uruskan, dan nampaknya ia memberi sedikit masalah kepada aku. Dengan kesibukan di tempat kerja, ditambah pula dengan tanggungjawab kepada anak2 dan isteri di rumah, susah untuk aku bergerak untuk menguruskan rumah2 sewa yang ada. Memang la setiap kali berlaku kerosakan, En Ramli banyak membantu sebab aku susah nak cari masa untuk attend, tapi aku perlu fikirkan mengenai kos upah yang perlu dibayar. Kalau hanya setakat untung RM50 sebulan, tiba2 ada pulak kerosakan yang berlaku di rumah sewa yang kos repair lebih tinggi daripada keuntungan yang aku dapat. Sebagai contoh, caj upah untuk sinki @ saluran paip tersumbat adalah antara RM200-250. Berbaloi ke untuk aku pening kepala untuk unit seperti ini?Satu lagi, biasanya penyewa akan bayar sewa pada 7/8hb, bermakna setiap 5hb aku mendahulukan duit sendiri untuk bayar sewa kepada tuan rumah.

     Alhamdulillah Puan Nora akur dengan keputusan aku, tambahan pulak lepas ni sewa yang dia dapat adalah RM600 berbanding RM550 yang dia dapat sekarang ni. Cuma lepas ni dalam apa2 urusan pun, kedua2 belah pihak akan terus berhubung tanpa perlu melalui aku. Insyaallah lepas ni rumah Mr Loi di Apartment Lestari berada dalam next list aku untuk dipulangkan semula.