Boleh dikatakan hampir 2 tahun aku menceburkan diri dalam pelaburan hartanah. Samada rumah yang dimiliki sendiri, dan jugak rumah2 yang diletak di bawah jagaan aku sebagai sublet. Setakat ni ada 7 hartanah semuanya.
- Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya (milik sendiri)
- Apartment Seri Mawar, Bandar Seri Putra, Bangi (rumah maksu wife)
- Apartment Rose, Saujana Utama 1, Sg Buloh (En Yusof)
- Apartment Idaman, Damansara Damai, Sg Buloh (En Hafiz)
- Apartment Lestari, Damansara Damai, Sg Buloh, (Mr Loi)
- Apartment Harmoni, Damansara Damai, Sg Buloh (En Razali)
- Shop Apartment, Saujana Damansara, Damansara Damai, Sg Buloh (Pn Nora)
Walaupun ada 7 unit, apa yang kurang best ialah jumlah sewaan bersih yang aku dapat tak sampai pun RM1500 sebulan. Malah modal untuk setup unit Lestari dan Harmoni boleh dikatakan "overboard", memerlukan lebih daripada 12 bulan untuk dapat balik modal sepenuhnya. Itu yang kadang2 buat aku pening kepala. Siapa kata buat sublet ni untung atas angin?huhuhuhu..sakit kepala ada la. Nak dijadikan cerita, unit Rose bakal dipulangkan semula kepada En Yusof pada hujung November ni. Tak kisah pun memandangkan aku hanya dapat RM50 je setiap bulan dari unit ni. Manakala unit Idaman bakal kosong hujung bulan ni sebab penyewa keluar. Begitu juga dengan penyewa bilik kecik dan master di Apartment Lestari.
Sebab tu la sifu Zaidi Ismail pesan dulu, kalau unit sublet tu tak dapat menjana sekurang2nya RM500 sebulan, baik tak payah buat. Penat. Tak berbaloi. Banyak modal daripada segi duit, masa & tenaga yang dihabiskan, tapi pulangannya sedikit. Tapi kalau dikira daripada segi Cash-on-Cash Returns, aku masih untung sebenarnya. Cuma bila ada kerosakan yang berlaku di rumah sewa, kos yang aku keluarkan tu lebih banyak daripada untung setiap bulan. Mau tak pening kepala huhuhu. Ditambah lak dengan unit2 di Damansara Damai ni adalah unit kos rendah, agak sukar untuk dapat penyewa yang mampu bayar sewa tinggi.
Berbalik kepada topik asal, selepas perbincangan yang "panas" dengan wife aku, ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebagai aku punya "to-do-list":
- Mendaftar nama syarikat pengurusan rumah sewa
- Buka akaun semasa untuk monitor duit keluar masuk
- Buku lejar/Excel file untuk monitor duit keluar masuk
- Fail untuk
- Maintenance rumah sewa (bil, jenis kerosakan, resit & rekod bayaran)
- Tenancy agreement (antara owner & juga penyewa)
- Profail penyewa sedia ada & sebelumnya
- Senarai amaun deposit bagi setiap penyewa
Mudah2an aku terus istiqamah dalam bidang ni sebagai salah satu cara untuk membangunkan ekonomi keluarga sendiri. Amin.
Apartment Harmoni, Damansara Damai, Sg Buloh
Apartment Idaman, Damansara Damai, Sg Buloh
Apartment Lestari, Damansara Damai, Sg Buloh
Shop Apartment, Saujana Damansara, Damansara Damai, Sg Buloh
Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya
Apartment Rose, Saujana Utama 1, Sg Buloh
Apartment Seri Mawar, Bandar Seri Putra, Bangi
No comments:
Post a Comment