Monday, 21 November 2016

Dilema Makan Gaji Atau Kerja Sendiri

     Kebelakangan ni aku sering berfikir panjang samada nak meneruskan terus makan gaji atau berhenti kerja dan bekerja sendiri. Ada banyak sebab kenapa aku berfikiran sebegini:

  • Tahun depan kami akan menyambut ketibaan ahli keluarga baru. Bermakna perbelanjaan rumah pun akan meningkat. Aku tetap gembira kerana yakin dan percaya yang setiap anak ni sudah ditetapkan rezeki masing2. Tapi sebagai ketua keluarga aku tetap perlu bersedia dari segi kewangan. Gaji sekarang mungkin cukup tapi bila dah pindah ke rumah baru dan bermulanya monthly installment nanti aku takut sekiranya kami tiada simpanan kecemasan yang mencukupi. Komitmen bertambah tapi pendapatan tak cukup untuk menampung perbelanjaan
  • Sebab yang kedua ialah, bertambahnya aset untuk diuruskan. Rumah di Saujana Puchong masih belum sedia untuk disewakan. Banyak urusan yang perlu diuruskan, dan aku sering berkejar ke sana ke mari. Hari minggu agak sukar untuk aku meninggalkan anak & isteri di rumah apatah lagi dengan keadaan isteri yang sudah sarat.
  • Aku jugak agak sibuk dalam tempoh beberapa minggu lepas. Unit sublet di Bukit Putra bakal dipulangkan bermula Disember ni. Menguruskan rumah sewa memang banyak menggunakan masa aku. Sejak unit tu dikosongkan hujung Oktober lepas, aku dah beberapa kali berulang alik  ke sana dari ofis di Sunway. Ambik kunci rumah daripada penyewa lama. Ambik gambar untuk iklan. Bersihkan rumah. Berjumpa dengan bakal penyewa baru untuk urusan sign tenancy agreement. Serius aku penat sebab jarak yang jauh. Tu pun ada lagi yang perlu dibuat; lampu dalam salah satu bilik rosak. 
  • Minat terhadap kerja sekarang juga semakin menurun. Aku tak pasti adakah disebabkan aku demotivated dengan pihak pengurusan. Atau aku terlalu penat membantu isteri di rumah. Ataupun mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan kerja2 lain yang tak berkaitan dengan tugas aku sekarang. Ataupun sebenarnya aku ni memang bukan pekerja yang bagus. I used to be very happy with my contribution to the previous school before the relocation exercise. Tapi sekarang rasa macam jiwa kosong je bila pegi ofis. I have spent 7 years over here. How come I were very happy for the first 6 years, but not in the last year? Need to ponder myself.
     Aku tau cabaran di luar sana sangat hebat. Bekerja sendiri maknanya aku mengorbankan jaminan yang aku dapat duit gaji pada setiap hujung bulan. Sebab tu ramai yang sarankan berfikir masak2 sebelum berhenti kerja. Ada jugak yang cadangkan supaya fokus pada kerjaya untuk menambahkan earned income. Cuma isu aku bukan hanya pada duit semata. Ye betul, makan gaji bermakna ada jaminan setiap bulan. Tapi dalam masa yang sama ianya juga boleh menyekat sumber pendapatan. Bekerja sendiri bermakna kita boleh tentukan pendapatan kita sendiri. Semakin rajin kita bekerja Insyaallah semakin murahlah rezeki yang kita dapat (jangan lupa berdoa jugak). Malah banyak kos yang boleh dijimatkan jika ada kerosakan kecil yang berlaku di rumah sewa, yang mana kita boleh buat sendiri tanpa perlu panggil orang luar. Macam kes baru2 ni di rumah Putrajaya. Aku dicaj oleh RM80 untuk tukar plug point, darab 2 plug so total kena RM160. Lepas tu plug peti ais lak rosak. Yang ni aku sempat buat sendiri. Kos?beli plug baru RM4.50 je.

     Satu lagi my big WHY untuk berhenti kerja ialah sebab aku nak masa yang fleksibel. Anak dah ramai beb. Kadang2 hari ni sorang tak sihat. Esok lusa yang lain lak yang demam. Nanti tak lama lepas tu sorang lagi lak kena. Ataupun cuti sekolah nurseri tutup. Jenuh weh nak gilir2 dengan wife ambik cuti jaga anak. Tu belum campur lagi kalau ada urusan sekolah anak2. Daftar la. Jumpa cikgu ambik report card la. Tak termasuk lagi kalau ada urusan peribadi, bawak orang tua pegi temujanji kat hospital. Atau tiba2 kereta/motor rosak. Dan jugak urusan2 yang melibatkan rumah sewa. Macam unit sublet kat Damansara Damai, dah berbulan penyewa bagitau ada problem dengan suis tapi aku tak berkesempatan nak pegi tengok. 

     I have such a long discussion with my wife over the weekend. Lately kami dah takde masa untuk diri sendiri. Wife takde masa lapang nak tengok cerita2 yang dia minat. Atau membaca buku. Atau berblogging. Atau just want to have a sleep without any disturbance. Aku pulak dah lama tak main sukan kegemaran aku. Pegi stadium tengok live match ke. Main futsal. Main pingpong. Main bowling. Dah takde cara untuk melepaskan stress masing2. So aku sangat berharap bila dah bekerja sendiri, aku boleh buat benda2 yang aku suka. Makin lama aku fikir, makin serius aku mempertimbangkan untuk berhenti makan gaji. 

Friday, 4 November 2016

Progress Rumah di Saujana Puchong

     Dah hampir 2 minggu selesai urusan bayaran baki pembelian rumah di Saujana Puchong ni. Tapi belum boleh rehat lagi sebab masih banyak perkara yang perlu diuruskan. Aktiviti sepanjang minggu ni:
  • Hujung minggu hari tu pegi ke Puchong untuk dapatkan ukuran pintu dan tingkap sebab nak cari sebutharga untuk pasang grill. Officemate yang rekemen syarikat ni, dan harga yang ditawarkan pun bagi aku tak terlalu mahal. Lagipun bagi aku yang penting ada grill daripada takde langsung. Hari Khamis pekerja dia datang untuk dapatkan ukuran sebenar yang lebih tepat. Katanya paling lama pun seminggu dah siap.
  • Balik dari rumah tu aku singgah ke Kedai Tenaga TNB yang berdekatan. So dah tau la apa dokumen2 yang perlu disediakan; antaranya salinan kad pengenalan, Contract of Sale, gambar panel meter rumah dan juga gambar2 yang membuktikan rumah tersebut kosong. Nak pasang meter TNB ni kena guna kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. So dah dapatkan sebutharga dah pun, yang ni recommended oleh kenalan dalam group JRL. Dia masih lagi kena datang dan check sendiri rumah ni. Aku tak kisah pun bila2 dia nak pegi, rumah flat je, mana ada security guard. Grill takde, malah tombol pintu pun aku belum tukar lagi hehe. Bila2 je dia boleh pegi sendiri walaupun aku takde.
     Pihak peguam dah bagi borang untuk permohonan tukar nama rumah ni, aku belum sempat lagi nak isi. Pagi tadi Haifa call mintak no contact pihak maintenance sebab pihak pelelong bagi due date sampai 11hb ni je untuk tuntut bayaran tunggakan. Kitorang kena keluarkan duit sendiri dulu lepas tu claim balik pada bank pelelong. Tak tahu la berapa ribu kena, kalau ikut kata Haifa vacant possession dah 6 tahun, gulp!