Wednesday, 26 October 2016

Melawat Rumah Lelong di Saujana Puchong

     Akhirnya urusan bayaran baki rumah lelong telah pun dilangsaikan dengan menggunakan pinjaman peribadi di bawah nama wife. Segala urusan aku serahkan pada peguam yang aku dah biasa guna selama ni; Najmuddin & Partners. Dan untuk pertama kalinya lepas menang rumah ni, aku melangkah masuk untuk melihat keadaan kat dalam rumah. Dah janji buat appointment dengan Tuan Shafie Bustan untuk jumpa hari ni. Kesian dia siap bawak semua tools bagai konon nak pecah masuk rumah, sekali rupa2nya pintu tak berkunci pun. Adoi ahahahaha. So belanja sket gambar rumah. Virgin, belum pernah ada orang duduk.











Baru tau yang rumah ni corner unit rupa2nya. Depan ni ada deretan kedai2 yang baru je siap. Belakang kawasan flat ni ada projek rumah dua tingkat yang dah hampir nak siap. Kat simpang depan ni pulak ada projek townhouse 3 tingkat yang sedang berjalan. Kalau ikutkan kata salah seorang klien JRL, berderu2 orang call/whatsapp nak masuk rumah yang dia menang kat tingkat 7 hari tu. Sampai dia lak pening kepala nak tapis penyewa. Memang daripada apa yang aku dapat tahu, insyaallah tak susah nak cari penyewa kat tempat ni. Apa2 pun alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah. Banyak lagi nak kena buat ni. Tempah grill. Pasang kunci. Apply TNB. Hubungi pihak maintenance pasal air dan tunggakan maintenance. Pasang kipas, lampu dan tikar getah. Tiada sebarang kerosakan yang besar untuk diperbaiki. Mudah2an semua urusan lepas ni dipermudahkan. Amin.

Friday, 21 October 2016

Sambung Cerita Rumah Lelong

     Adoiiii..bila la nak abih cerita pasal rumah lelong ni ahahahaha. Ok sebelum ni dah cite dah pasal payahnya urusan nak dapatkan pinjaman perumahan untuk rumah ni. So kita move pulak ke pinjaman peribadi (PL). Pun kena reject jugak dengan Bank Islam Subang Jaya. Nasib baik aku apply jugak ke Bank Rakyat as a backup plan dan alhamdulillah lulus. Yes finally there is good news. Apply hari Jumaat, pagi Sabtu dapat sms kata dah approve.



Ingatkan dah berakhir dah halangan, sekalinya belum lagi daaaa.

  • Isnin - banker tu jumpa aku kat parking ofis untuk pass borang Biro Angkasa sebab bayaran bulanan tolak daripada gaji akan diuruskan oleh pihak Biro. Borang tu dan beberapa dokumen lain perlu dapatkan pengesahan majikan
  • Selasa - wife bawak ke ofis, sekalinya pengesahan tu perlu dibuat oleh pegawai di Bahagian Kewangan di Kampus Shah Alam. Alaaa kenapa tak boleh buat kat kampus Bestari Jaya, tak faham aku isk isk
  • Rabu - aku cuti hari tu. Rancangan asalnya adalah untuk buka akaun di Bank Rakyat Saujana Utama dulu pagi tu lepas tu baru gerak ke Shah Alam. Nak dijadikan cerita wife tertinggal IC kat ofis, adeh. Kalau aku la yang tertinggal IC tu kompom dah kena sound bebel bagai. Tapi sebab aku ni suami soleh yang cool, aku buat2 rilek jela ahahahaha. Abih tu nak buat macam mana kan. Takkan nak ke ofis dulu ambik IC lepas tu ke Shah Alam lak. Jauh wehhh. Dah set appointment dengan banker nak jumpa di Shah Alam untuk sign agreement dan pass dokumen yang telah disahkan. Sekali pegawai lak takde, kena tinggalkan dulu borang tu. So pergi la jumpa banker untuk sign agreement. By the time dah boleh ambik dokumen tu banker dah balik dah pun. 
  • Khamis - lepas kelas di Bestari Jaya, wife sekali lagi ke Shah Alam. Lunchtime aku jemput wife dan terus ke cawangan Bank Rakyat di Kelana Jaya. Banker tu takde so urusan dibuat dengan colleague beliau. Buka akaun pun terus kat situ je. Hantar wife ke Shah Alam, lepas tu aku balik ke ofis semula. Dalam hati rasa kesian sangat kat wife sebab dalam keadaan sarat mengandung tu, dia gagahkan diri jugak dua hari berturut2 berulang alik ke Shah Alam. Dah la balik tu kena drive sorang2 merempuh kesesakan jalan raya lak tu.
  • Jumaat - banker kata duit akan disburse dalam tempoh 24 jam. Tak aman aku dibuatnya, setiap 30 min login masuk ke Bank Rakyat tapi duit masih belum masuk. Pukul 3 terpaksa jugak aku call Ms Fong daripada Hong Leong Bank. Alhamdulillah dia ok je lebih2 lagi bila dapat tau yg PL dah approved dan hanya tunggu disbursement sahaja. Lepas je call Ms Fong tu aku terus sujud syukur beb. Rasa macam lega sangat. Dah inform lawyer Najmuddin & Partners untuk uruskan pembayaran. Then surprisingly dapat call daripada Bank Islam kata PL dah approved. Tak sempat pun nak cakap terima kasih for her effort pegawai tu dah letak phone. Dah tak boleh nak buat apa2 la sebab wife dah sign agreement dengan Bank Rakyat. Masuk je duit nanti terus transfer ke akaun lawyer. Harap2 minggu depan dapat selesaikan urusan bayaran ni.
Alhamdulillah nampak dah cahaya sket untuk bab balance purchase ni. Tapi perjalanan masih jauh lagi sebenarnya. Nak kata serik beli rumah lelong tak jugak sebenarnya. Tapi aku dan wife banyak berbincang mengenai perkara2 yang boleh diperbaiki selepas ni. Dah 120 hari aku mengerah keringat berusaha sedaya upaya menyelesaikan hal ni. Banyak benda aku belajar. Berkenalan dengan berbelas banker. Ke hulu ke hilir dengan motor kapcai buruk tu. Lepas ni aku hanya mampu bertawakkal dan berdoa je agar semua urusan selepas ni berjalan lancar, amin. 

Friday, 14 October 2016

Kes Beli Rumah Lelong Yang Masih Belum Selesai.. *sigh*

     Sambungan daripada kisah dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman rumah lelong di Puchong. Tinggal kurang daripada 10 hari tarikh akhir yang sepatutnya kena jelaskan baki rumah tu. Aku dah berusaha sedaya upaya ke sana sini untuk mendapatkan pinjaman perumahan, tapi semuanya gagal. Hampa. Penat. Walaupun aku dah pun bersedia dari segi mental apabila bertekad untuk beli rumah melalui lelongan tapi aku betul2 tak sangka ianya sesukar ini. Paling terkini Public Bank Klang juga menolak permohonan kami. Malah bank pelelong iaitu Hong Leong Bank Berhad juga menolak rayuan kami walaupun tunggakan PTPTN telah dijelaskan dan dikepilkan sekali surat pengesahan daripada PTPTN. Atas alasan pihak bank mahu melihat credit history 6 bulan selepas bayaran tunggakan dibuat. Malah Malaysian Building Society Berhad (MBSB) yang terkenal dengan mudahnya untuk mendapat pinjaman juga tak nak menyediakan pinjaman atas alasan rumah masih lagi master title. Adoi. Masa semakin suntuk.
     Maka bermula awal bulan Oktober aku pun mula mengalihkan perhatian untuk mendapatkan pinjaman peribadi (PL). Bank Islam menjadi pilihan utama sebab adanya pakej interest rate yang rendah untuk staf Unisel. Salah satu dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan majikan. Kesian lak tengok wife yang sedang sarat mengandung tapi terpaksa bekerjasama dengan husband dalam urusan ni huhuhu. Sekali bila dah dapat surat pengesahan tu, kami terkejut bila dapat tau wife berstatus kontrak. Ahhh sudah. Dan seperti dijangka, Bank Islam menolak permohonan kami. Aku masih dalam usaha untuk membuat rayuan, dan hari ni singgah sekejap di cawangan bank tersebut untuk menyerahkan surat perlantikan jawatan wife sebagai dokumen sokongan. Pegawai bank pun pelik takkan dah 8 tahun kerja di Unisel tapi masih berstatus kontrak. Dalam masa yang sama, aku turut memohon pinjaman peribadi daripada CIMB dan Bank Rakyat sebagai backup. Yang wife lak masih tak berpuas hati dengan status kontrak tu huhuhu. Semoga dia dapat selesaikan isu ni dengan pihak berkaitan.
     Memang tahap sibuk dan penat gila kebelakangan ni. Students pun tengah exam so memang aku terkejar2. Buat masa ni aku cuba sedaya upaya untuk tak hilang fokus dalam hal kerja dan peribadi. Tu belum masuk lagi cerita pasal urusan untuk mendapatkan tempoh lanjutan daripada pihak pelelong. Kena bebel lagi dengan lawyer pelelong. Aku tahan je diri ni supaya jangan meletup, yang penting fokus pada penyelesaian. Ikutkan je apa yang lawyer tu nak. Aku sendiri tak yakin akan dapat menjelaskan bayaran baki rumah tu dalam tempoh terdekat. Sebab antara syarat bank dalam meluluskan PL tersebut ialah untuk menyelesaikan sepenuhnya (full settlement) pinjaman PTPTN dan kereta. Nak dapatkan balance statement untuk pinjaman kereta tu lak kena request daripada branch yang handle masa mula2 beli dulu. Kena tulis dan fax surat kepada branch di Selayang. Ambik masa jugak tu sebab nak dijadikan cerita pegawai yang handle benda tu cuti hari ni. 
     Surat untuk melanjutkan tempoh bayaran dah email pada lawyer pelelong. Aku sertakan sekali semua contact number banker yang handle application kitorang, termasuk la yang aku tanya secara lisan. At least nampak sket effort aku sejak 4 bulan lepas. Secara jujurnya aku bengang jugak dengan lawyer tu sebab dok question aku kenapa lambat sangat nak apply PL. Dah tu mana la aku nak tau macam2 halangan yang aku kena hadapi sejak 4 bulan lalu. PTPTN ni pun satu hal jugak. Mesti diorang suka sebab akhirnya berjaya jugak paksa peminjam untuk bayar semula pinjaman. Apa2 pun, semoga Allah tunjukkan jalan untuk selesaikan kes rumah kat Puchong ni, amin.