Sebelum ni aku pernah cerita mengenai beberapa hartanah yang aku terlepas untuk membeli. Akhirnya pada tahun lepas, aku dan isteri mengambil langkah untuk membeli rumah untuk duduk sendiri. Dah masuk 7 tahun menyewa, Luqman pun dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Dah la dia ni jenis yang suka aktiviti2 outdoor. Pernah sekali tu kitorang pegi jamuan raya kat rumah officemate wife, boleh lepas tu dia cakap tak nak balik. Seronok sangat main tanah kat luar rumah. Tak pasal2 balik tu kitorang singgah kat Hillpark nak tengok progress rumah. Kembar pun boleh tahan jugak bab2 main kat luar ni. Kesian anak2 aku.
Pada suatu malam tahun lepas, dalam kereta masa perjalanan balik daripada kampung, aku bagitau wife yang aku bersetuju untuk beli rumah untuk duduk sendiri. Dah banyak kali dia cakap kat aku pasal ni tapi aku buat dek je hehe. Secara jujurnya aku lebih prefer untuk berpindah dan menyewa rumah lain di SU3 atau Pristana. Alasannya sebab perbezaan antara bayaran sewa kalau nak dibandingkan dengan bayar rumah sendiri. Kadar sewa kat sini tak sampai pun RM1.5k sedangkan harga rumah yang dijual rata2nya RM400k ke atas di mana bayaran bulanan hampir RM2k++. Tapi iyelah, orang perempuan ni dia suka nak ada rumah sendiri, nak deko2, nak renovate la bagai. Nak rasa secure kononnya. Ikutkan jela. Tapi awal2 lagi aku dah pesan supaya jangan nak ada emotional attachment sangat kat rumah ni. Lagipun rumah duduk sendiri ni bagi aku adalah satu beban (liability) bukannya aset. Kalau satu hari nanti aku rasa terbeban/berbaloi untuk jual rumah ni, memang aku tak teragak2 untuk jual ahahaha. Maka bermulalah pemburuan yang lebih serius kali ni kalau nak dibandingkan masa tahun 2013.
Akhirnya aku sangat tertarik dengan projek Hillpark Shah Alam. Kat depan Saujana Utama ni je pun. Masa wife pregnant twins dulu, kitorang pernah pegi masa MKH launch phase Pines and Cherry. Tapi tak proceed masa tu sebab takut tengok harga dalam RM400k. Sekarang ni kalau aku tengok harga nak jual kat Mudah.my at least dalam RM550k. Dah berapa banyak untung tu haih. Rugi2. New phase yang baru launch kat Hillpark ni adalah Maple dan Meranti; and we chose to purchase Meranti.
Masa kitorang pegi tu harga dah naik RM570k. Tapi kebetulan ada promosi diskaun masa tu. Ingat lagi masa tu tengah bulan puasa.
- Booking RM1k only
- 10% rebate - no down payment
- 2% rebate - if buyer sign SPA immediately after paying the booking fees
- 2% rebate - if buyer manage to get loan approval within 30 days (booking fees forfeited if loan rejected)
- Free MOT
- Free SPA Legal Fees
Disebabkan yakin yang housing loan application kitorang will be approved, kitorang proceed je bayar booking fees. Jumlah diskaun adalah 14%. Ringkasan seperti di bawah:
- Harga jualan RM570k
- Harga jualan sebenar selepas diskaun RM490k
- Disebabkan we are entitled to get 90% loan from the purchase price, total loan approved will be RM513k
- RM513k - RM490k = RM23k (cashback)
Mulanya nak beli guna nama wife sorang je tapi lepas kira2 tak lepas. Yang aku pulak dah ada rumah Putrajaya, tapi malangnya tak cukup dokumen untuk membuktikan rumah tersebut menghasilkan pendapatan sewaan, kami terpaksa joint loan. Kalau boleh tak nak joint loan tapi proceed jela. Berdasarkan pengalaman sebelum ni dalam urusan jualbeli rumah, balik2 je dah tau dah dokumen apa yang perlu dicari. Kumpul semua dokumen terus submit housing loan application to a few banks; Maybank, Affin Bank, AmBank & CIMB. Alhamdulillah all banks actually approved our application. Tapi kitorang pilih offer from Ambank Islamic.
Wife and Luqman sangat excited nak pindah rumah. Aku je yang tak tido malam bila mengenangkan installment RM2500 sebulan. Gulp!
Ada latest video in July 2016 yang tunjukkan progress rumah kitorang. Rumah kitorang dah hampir siap, boleh nampak bahagian dapur lagi ahahaha. Nice!
Dan yang ni pulak video yang menunjukkan keadaan di dalam rumah:
https://www.youtube.com/watch?v=AL9xozBN66o
Boleh baca review untuk Meranti Hillpark Shah Alam kt link di bawah ni:
Ramai pihak yang memuji projek ni. Antara faktor tarikan utama adalah kawasan taman hijau seluas 56 ekar. Selain daripada taman2 utama seperti Central Lake Park dan Forest Park, setiap fasa memiliki taman masing2; Cherry Linear Park, Meranti Central Park, Olive Central Park, and Maple Central Park. Ditambah pulak dengan kemasukan jiran Hillpark iaitu EcoWorld yang terkenal dengan hasil tangan mereka di Semenyih, kawasan ni merupakan tempat yang sesuai sebagai tempat tinggal keluarga. Bersebelahan je dengan Uitm Shah Alam, ditambah pula dengan Lebuhraya Dash yang akan menghubungkan dengan Damansara, insyaallah tempat ni akan terus naik dalam tempoh 5 tahun lagi.
p/s sape kata kena ada modal besar kalau nak beli rumah?
Assalam bro, skg masih tinggal kat sana ke?
ReplyDeleteMohon reply ke email sy aperdaus@gmail.com