Selamat Tahun Baru 2017!
Tahun 2017 ni dimulakan dengan aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang CIMB Wealth Advisor (CWA). Bermula pada hujung Disember tahun lepas, aku telah bersemuka dengan saudara Hafiz Hazmi yang merupakan salah seorang CWA Agency Supervisor. Aku dah agak lama follow FB beliau ni, sebab aku perhatikan posting2 beliau banyak berkisar pada perancangan kewangan dan juga ASB Financing (ASBF). Kenapa aku pilih CWA?
Bukan lah nak kata kerja sekarang ni pun teruk sangat. Cuma mungkin sebab aku dah tak rasa kerja yang aku buat sekarang rewarding enough. Lepas kena transfer ke department lain sejak setahun lepas, aku dah semakin tak bersemangat kat tempat kerja. Semua kerja aku buat je macam biasa cuma perasaan seronok bekerja tu dah takde. Reporting line dah tukar. Colleague pun dah tukar. Sistem pun tukar. School retreat dah takde. Bos lama dulu selalu jumpa dan motivate staf. Buat kerja sama2 dan aku pun belajar banyak benda baru. Sekarang?Bos pun jarang nampak since office pun bangunan lain2. Nak motivate staff apatah lagi. Bila masa audit pun bos sekarang jarang muncul. Kalau dia datang, bukannya dia boleh backup pun. Baik takyah jadi supervisor kalau camtu kalau kerjanya setakat untuk sign requisition form. On paper je ko tu manager. School management office pun tak bagi support yang cukup. Asyik2 cakap orang atas yang decline kita punya request. Tapi macam mana bila school lain request boleh dapat pulak. Pastu blame orang atas kata our school kena sabotaj. Tahun2 sebelum tu kalau ada cuti perayaan, sehari sebelum tu dapat cuti separuh hari. Department sekarang ni takut sangat nak lepaskan staf balik awal, takut orang atas round dan question kenapa takde orang kat ofis. Sengal. Jaga muka sangat.
Lepas tu faktor family pun iye jugak. Aku memang jujur dan tak nafikan kehadiran kembar adalah satu titik perubahan yang memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku. Ditambah pulak dengan kerenah diorang yang suka berjaga malam dan tidur lewat. Penat tak cukup tidur aku dibuatnya. Boleh je kalau aku nak tidur je dan biarkan diorang berdua tu main sampai tertidur sendiri. Tapi kadang2 diorang ni bergaduh berebut mainan lah, lapar nak makan lah, lepas tu dok main guling2 atas tilam kat sebelah kita la. Mana tak menganggu. Cuba yang terbaik untuk melatih diorang ni bangun dan tidur awal, di rumah sendiri kita boleh kawal tapi di rumah pengasuh lak yang kacau. Suka sangat tidurkan dan biarkan diorang ni tidur berjam2, kadang2 daripada pagi tidur sampai pukul 3-4 petang baru bangun. Kot ye pun kejutkan lah budak2 tu kalau dah tidur lama sangat. Sekali dua kita tegur, tapi bila dia masih buat macam tu jugak malas la aku nak tegur dah. Aku tunggu je peluang yang sesuai nak hantar kembar tu ke taska.
Tu part kembar. Nak dijadikan cerita, Allah bagi seorang lagi anak pada kami. Walaupun sejujurnya kami memang tak bersedia nak terima kehadiran orang baru. Dah Allah bagi, macam mana ko nak tolak. Semoga Allah melapangkan dada kami dan jadikan kami tidak hanya memandang harta dunia semata2 sebagai rezeki. Anak2 pun rezeki jugak. Orang lain bertahun2 kahwin tapi belum ada rezeki dapat anak (pujuk hati sendiri). So sejak daripada wife mula mengandung masa puasa hari tu, hampir 90% kerja2 rumah aku ambik alih. Balik dari kerja, punch card masuk rumah lak sambung kerja. Penat gila. Tak tertanggung rasanya. Allahu. Bila penat tu aku mula la nak marah2 je kat rumah. Lepas tu bergaduh laki bini. Ko rasa happy ke dengan life macam ni?Financial takyah cakap lah. Memang bleeding tiap2 bulan.
In conclusion, I'm not happy with my current situation, and I need to do something about it.
Itulah yang membuat aku tekad berjumpa dengan Hafiz, dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib sebagai agen CWA. Aku fokus kepada ASB Financing memandangkan ia satu produk yang aku dah lama faham, dan mudah untuk aku memberi penerangan kepada orang lain. Kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa depan. Sekurang2nya kalau aku diberhentikan kerja, aku dah ada backup dengan kerja sebagai agen CWA.
Apa yang aku kejar bukanlah kesenangan dengan harta dunia, aku cuma mahukan sebuah kehidupan yang tenang dan berkualiti bersama keluarga aku. Semoga Allah membantu proses penghijrahan ini.
p/s Ada yang berminat nak tau pasal ASBF?Roger aku