Korang pernah dengar tak pasal CCRIS?Nama penuhnya dikenali sebagai Central Credit Reference Information System, atau dalam bahasa Melayunya ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Ia merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan segala maklumat kredit atau hutang piutang seseorang. CCRIS ni diletakkan di bawah Biro Kredit yang merupakan salah satu unit yang beroperasi di bawah Bank Negara.
So minggu lepas aku pun saja2 lah nak pegi semak CCRIS aku. Iyela, plan nak submit untuk refinance rumah kat Putrajaya bulan ni. Kena le semak apa2 yang patut dan sediakan dokumen2 yang diperlukan. Sekurang2nya untuk memastikan permohonan aku tu nanti lebih tinggi peluangnya untuk diluluskan oleh pihak bank. Lagipun aku nak jugak tau samada status PTPTN akan memunculkan diri atau tak kat dalam report tu nanti. Sebab aku pun bukanlah pembayar PTPTN yang bagus sangat pun hehe. Actually tak jauh pun dari ofis kat Sunway ni nak ke Bank Negara, naik motor je pun. 20 minit dah sampai, ikut jalan Bangsar, keluar kat Dataran Merdeka. Masuk Bank Negara, park motor, pegi ke area lobi. Cari CCRIS kiosk, masukkan IC, scan ibu jari, tadaaaaaa! dah siap print report.
Alhamdulillah semua nampak cun hehe.
No comments:
Post a Comment