Baru-baru ni aku telah meminta penyewa2 aku keluar daripada salah satu unit sublet yang terletak di Apartment Lestari. Problematic sangat diorang ni. Asalnya diorang ni tahun lepas masuk menyewa di bilik master, duduk 3 orang masa praktikal daripada bulan April-Oktober (Aril, Ridwan & Sharif). Bayaran deposit ok, 2 bulan. Bayaran sewa juga tiada masalah untuk beberapa bulan. Kemudian bermula bulan September mula muncul masalah. Aku diberitahu bahawa syarikat tempat mereka praktikal ada masalah untuk membayar elaun bulanan. Aku yang terlalu lembut hati kemudian membuat kesilapan besar apabila bersetuju untuk menggunakan wang deposit sebagai bayaran sewa 2 bulan terakhir/
Lepas tu mereka mula tak jawab call @ reply whatsapp, pada hal niat aku cuma nak bertanya khabar. Pada awal bulan November, bila aku pergi melawat ke rumah rupa2nya mereka telah pun mengosongkan rumah. Tapi disebabkan rumah berada dalam keadaan yang baik, aku pun takde lah nak bising2. Walaubagaimanapun, masalah baru pulak muncul apabila Shafiq yang menyewa di bilik medium tiba2 memarahi aku kerana ada orang yang curi2 masuk ke rumah dan mencuri tong gas. Kisah dimarahi penyewa pernah aku ceritakan di sini. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menukar kunci rumah atas sebab2 keselamatan, manakala Shafiq mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah tu pada awal Disember. 2 bulan je dia duduk situ. Nak dijadikan cerita, semasa aku pergi berjumpa Shafiq untuk mengambil kunci, Aril dan Sharif rupa2nya dah beberapa hari tinggal di rumah tu tanpa sebarang keizinan aku. Kononnya sebelum ni diorang dah bagi duit pada Ridwan untuk bayar sewa dan bil, tapi rupa2nya Ridwan dah pow duit diorang dan melarikan diri. Dan sekarang ni mereka berdua baru dapat kerja dan nak masuk semula menyewa di bilik master tu. Sekali lagi aku lembut hati dan bagi kebenaran (Demm!). Mereka pun bayar deposit 2 bulan dan secara rasmi menjadi penyewa aku semula.
2 bulan kemudian, seorang lagi kawan mereka, Izham pula masuk menyewa di bilik ketiga. Nampak baik budaknya, cuma masih lagi mencari kerja. Tapi sebab dia sanggup bayar deposit, tiada alasan untuk aku tolak. Dalam masa yang sama, bilik medium terus kosong sejak Shafiq keluar. Walaupun tiada profit, tapi sebagai subletter aku terus membayar sewa penuh kepada Mr Loi tanpa sebarang masalah. Tapi lama kelamaan aku mula hilang sabar apabila Aril menyimpan motor di bilik medium yang kosong tu. Manakala Sharif pula mengalihkan katil, tilam dan almari daripada bilik master ke ruang tamu. Sepatutnya barang2 tu kekal di dalam bilik kerana mereka hanya menyewa bilik, bukan 1 rumah. Ruang tamu sepatutnya ruang yang dikongsi bersama2 dengan penyewa lain. Sewa bulan April mula tertunggak. Akhirnya pada 14hb April, seperti yang dipersetujui dalam kontrak sewaan, aku memberikan notis untuk mereka keluar daripada rumah.
Tapi aku tetap cuba berdiplomasi walaupun macam2 masalah yang timbul. Aku cuba mengelakkan sebarang konflik dengan harapan mereka akan keluar secara baik tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada rumah sewa. Aku pun tak pasti bila diorang mengosongkan rumah, tapi bila aku pergi melawat rumah selepas seminggu kemudian, rumah telah pun dikosongkan, alhamdulillah. Buat masa ni aku masih berfikir samada mahu terus menguruskan rumah tu, atau memulangkannya kembali kepada pemilik rumah.
Sublet "rumah busuk" di Apartment Lestari, Damansara Damai
No comments:
Post a Comment