Dalam dunia bisnes sublet, ada ramai orang2 di luar sana yang mengaku sebagai sifu. Tapi dalam ramai2 tu, ada sorang ni yang paling aku respek, iaitu Syamin Saad. Masa awal2 aku terbabit dalam sublet ni, aku banyak dapat ilmu melalui FB beliau. Selain daripada FB, banyak juga info dan ilmu yang dikongsi dalam blog. Selain daripada sublet, Syamin turut terlibat dalam bisnes kereta sewa bersama-sama dengan KLEZcar. Tahun lepas, beliau dan beberapa orang subletter terkenal seperti Paih Aman dan Mukaram, telah menubuhkan Tim Penunggu Rumah @ PR. Website PR telah dibina sebagai satu medium yang memberi kemudahan kepada pemilik2 rumah untuk menawarkan unit2 mereka untuk disublet.
Sebenarnya post kali ni adalah kesinambungan daripada bebelan aku sebelum ni mengenai kesilapan2 yang telah aku buat sebagai subletter. Tak dinafikan poin2 yang yang ditulis oleh Syamin dalam post beliau memang terkena batang hidung aku huhuhuhu. Nak buat macam mana. Ambil pengajaran. Lepas tu jalan terus. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT untuk meminta bantuan. Insyaallah berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
Salam tuan. Masih buat sublet ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam tuan..buat masa ni saya cuma fokus pada unit2 sublet yang sedia ada sahaja..belum ada niat nak tambah unit
Delete