Sejak my wife berjaya mengeluarkan simpanan EPF beliau, kerja aku setiap hari adalah untuk check listing terkini unit yang akan dilelong. Minggu lepas untuk pertama kalinya, my wife mencuba untuk masuk membida satu unit apartment di Puncak Alam.
Reserve price murah, 65k, sedangkan market value paling rendah pun 130-140k. Kadar sewaan insyaallah RM700 sebulan. Ground floor lak tu.Tapi nak masuk lelong ni bukan boleh main terjah je. Tersilap langkah boleh menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit. Tuan Shafie Bustan @ Pie2020 merupakan orang yang tidak asing lagi dalam dunia lelongan hartanah. Kami menggunakan khidmat team beliau iaitu JRL Consultancy untuk masuk membida. Sebelum masuk lelong, kena buat site visit dulu. So di suatu petang Ahad, kitorang pun mengangkut semua askar-askar tercinta ke Puncak Alam.
Pusing punya pusing, berhenti tanya kat pondok pengawal, akhirnya kitorang jumpa jugak apartment tu. Gated and guarded. Nak masuk kena ada kad akses. Blok Melur ni adalah yang paling belakang sekali, dan since kami tak dibenarkan masuk, aku dan Luqman pun berjalan kaki mencari unit lelong tersebut. Jauh rupanya ke belakang ahahaha. Dapat jumpa unit tu, tengok-tengok sikit. Nampak macam ada kebarangkalian untuk called off sebab keadaan rumah yang cantik. Mungkin owner duduk sendiri rumah ni, so takkan lah dia nak biarkan rumah dia senang-senang je kena lelong kan. Tapi takpe, kita proceed je, mana tau ada rezeki hehe. Keesokan harinya wife aku pun transfer duit untuk buat bank draf.
Peti surat rumah lelong
Blok rumah lelong
Pintu hadapan
Malangnya, unit tersebut called off pada hari lelongan huhuhu. Aku dah jangkakan hal ni memandangkan reserve price unit tu yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Nak buat macam mana, called off ni memang asam garam rumah lelong. Tapi apa ada hal, cargas je cari unit lain. Dah ada 2 unit yang aku shotlisted kan. Kita tengoklah nanti macam mana.
No comments:
Post a Comment